Friday, January 18, 2013

Bali, Indonesia Part 5 (Final)



Hari ke 5 a.k.a final day di Bali. Check out hotel pukul 12...standardlah kan. I call kaunter try nak mintak extend dalam 1 hour or 2 tapi tak dapeklah. Hotel fully booked. Ramai betul orang datang Bali ni.
I cakap ngan En Zairin, sebelum check out kita jalan-jalan kat hotel aje la. Kita pergi swimming, pergi spa, pergi sun bathing....erkkkk....sun bathing mendenya kalau kulit saya dah sebegini rupa, katanya. Ala saja je sebut-sebut. I knowlah U dah cukup 'tanned'.

First kita terjun ke swimming pool kerana ada sorang budak kecik ni suka ngan swimming pool. Cantikkan. Ada dua bahagian, yang ni masuk-masuk jer terus nampak.




Kami ambil yang belah lagi satu sebab I nak gi massage dan spa nya sebelah swimming pool ni. Okay guys, 'uolss' berendam, I gi mengurut ye.



Ni dia spa nya, Puspa Bali.



Open air ye. Dari atas tu I boleh nampak hero-hero I. Okay mula-mula plan nak amik full body massage dan lulur tapi masa pulak tak mengizinkan. Yelah kami tak banyak masa, kang nak balik bilik buat final packing lagi nak siap-siap lagi dahnya I amik half body massage aje. Jadilah.



Lepas dah habis massage-yang-tak-berapa best tu, I turun ke swimming pool. Cari-cari takde, beg dan towel adalah...ehhhh mana pulak bapak dan anaknya pergi ni.
Cari punya cari kat pantai rupenya. Ya Allah masa ni panas terik sungguh lah mataharinya. I tak larat nak layan lama-lama jadinya duduk kejaplah bawah payung-payung tuh, sekali kena halau ko...kena bayar rupenya. I ingatkan hak milik hotel ke....hehehe.

Eh suka pulak budak ni layan pantai.





Okay, sudah-sudah masa dah cukup. Takleh layan lama-lama. Kang kelam kalibut I nak kemas-kemas. Bila dah kalut kang pening kepala pulak, mulalah nak hangin satu badan. Jadi sebelum itu semua terjadi mari kita cegah.




Ambik gambaq sat...hamboi bolatnya hang Azila oiiii.



Check out dari hotel memang kami tak tau mana nak tuju. I kata jomlah kita pergi Seminyak Square, nak tengok-tengok balik stall-stall yang jual macam-macam tu. Hari tu ada yang berkenan tapi pikir punya pikir tak ambik. Sekarang baru terasa nak.
Bila sampai jer alahai kiciwa sungguh sebab stall yang ada tak sebanyak hari tu. I tanyalah kenapa? Kakak tu kata kalau masa hujung minggu baru penuh, hari biasa sikit-sikit aja. Aduhhhh.....

Kat tempat yang lengang tu patutnya ada gerai-gerai lagi.



Tapi yang ada ini saja. Hmmmm....jadilah. Itu pun terangguk-angguk En Zairin & Azfar tunggu.
Tak dapat macam yang I idam-idamkan tapi bolehlah rembat 2 helai dress yang harganya 300,000....rupiahhhh. Lebih kurang RM 108.00. Kat sini kena rajin tawar-menawar ye. Kalau ikutkan 2 helai tu 600,000 rupiah tau. Banyak beza tu.




Memandangkan cuaca memang panas melenting, kami memang tak larat nak ronda-ronda naik motor dah. Tapi masalahnya nak pergi mana? Flight pukul 7.30 malam. Takkan nak lepak kat airport ajekan. Sambil kami menyusuri jalan yang sungguh sesak di pekan Kuta itu, tiba-tiba I ternampak satu middle east restaurant. I ajak En Zairin lepak situ dan dia 'on' aje. Tengok dari luar takde orang, memang bestlah. Masuk-masuk terus nampak table yang ada kusyen, maksudnya makan bersila dok atas kusyen tula. Ohhhh bestnya. Tapi sekali 'waitress' tuh cadangkan open air area kat belakang ni, katanya ada privacy sikit. Wahhhh memang bestlah....sesuai betul dengan keadaan kami sekarang yang tiada tempat nak dituju.



Tekak kering memang lega sangatlah dapat jus tembikai ni. Ohhh nikmat. Kami tak order ni sahaja. Kesimpulannya kami 'lunch' disitu dan kami minum petang pun disitu. Adalah dekat 4 jam jugak kami bertapa.









Ikutkan hati nak je join sama, tapi agak seganlah pulak. En Zairin pun selamat berdengkur. Jam 5 kami keluar dari situ dan terus ke hotel balik, hantar motor dan tunggu teksi...oh ye bag-bag memang tinggalkan kat lobi hotel tu. Yela takkan nak angkut semua naik motor...ape ke halnya pulak.

Kalau ikutkan dari hotel ke airport kan dalam 20 minit aja, tapi tau-tau je la traffic kat sini sungguh tragis. To be on the safe side, bertolak awal.



Kat airport ni sempat lagi rembat souveniers sebab En Zairin kata duit ada juta-juta lagi...wahhh jutawan ko ye En Zairin. Mak ai harganya pulak beza sungguhhhhh ngan kat luar tapi pejam mata yo lah.




Topi spiderman yang harganya cuma RM 5 bila convert.



Bye-bye Bali....Kami enjoy jugak percutian ini walaupun tidaklah sehebat yang disangka. Seronok sebab berpeluang melihat tempat orang dan rasa amat bersyukur dengan apa yang kami ada. 




Hujan emas di negara orang,
Hujan batu di negara sendiri,
Lebih baik di negara sendiri.



No comments:

Post a Comment