Showing posts with label Knowledge. Show all posts
Showing posts with label Knowledge. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Liat Untuk Jaga Solat?

I dengar Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah di Sinar FM pagi tadi. Doa untuk memelihara solat.

Marilah bersama kita amalkan doa ini agar diri dan zuriat keturunan lebih sempurna dalam mendirikan solat. Ada masa diri ini lalai dan sambil lewa. Lagi kita berdoa dan meminta dari-Nya, lagi tenang rasa hati. In Sha Allah. Allah SWT tidak pernah mungkir janji.




"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

"O my Lord! make me one who establishes regular Prayer, and also (raise such) among my offspring O our Lord! and accept Thou my Prayer.


Aaminnn

Surah Ibrahim ayat 40



 

Tuesday, December 18, 2012

Homeschool Activity : A Visit to The Wet Market



A Visit to The Wet Market.

My routine to the wet market is always on Saturdays morning. Most of the time it would be me alone. But on last Saturday, I was accompanied by this young man because he woke up at the time where I was about to leave the house. As usual, everytime he saw me in tudung, he will say, 'Nak lalan' (nak jalan-jalan).

So I grabbed this chance to expose him to one of the house chores. Actually it was his second visit but the first one didn't turned out well because of his crankiness. Before I left the house, I was hoping he will enjoy his visit.



Pushing the trolley with all his strength.

Folding up the trolley.

What he learned :
1. To be helpful.
By helping me to push the trolley.

2. Be good to others.
Possibility to hit others while pushing the trolley in a crowded place is very high.
Be polite and say sorry. 
Azfar : 'Chowi...' (Sorry)

3.  Sensory skill

He got to touched the fishes, squids, prawns, crabs, chickens, vegetables and fruits.
(For example : choosing squids and prawns together and put in the basket)





Monday, December 17, 2012

Barang Hilang?...Amalkan Doa Ini

Rutin harian sebelum tidur selalunya I akan sapukan ubat eczema di muka Azfar...itupun kalau eczemanya serang kembali la. 
Nak dijadikan cerita, pada satu malam ni, disaat badan I yang letih teramat, cream yang dicarikan tak jumpa-jumpa. Untuk pengetahuan, saya sudah pun 'switched'kan penggunaan steroid cream sebelum ini kepada natural cream iaitu MooGoo cream (sila klik untuk tahu lebih lanjut sebab entry ini bukan untuk cerita pasal cream ni tapi doa hilang barang).

*Stressed*

'Astaghfirullah....Ya Allah, mana aku letak benda tu.' kata I dalam hati.

Cari punya cari tak jumpa jua. Bila fikir balik tempat terakhir I letak, pun tak jumpa juga. I tak sure Azfar ada main tak cream tu sebab tempat terakhir I letak sebelum misteri kehilangan terjadi adalah di tempat yang Azfar mudah capai.

*Relaxed*

I pun tanya Azfar...kebetulan ada lagi satu cream yang serupa bentuk fizikal ngan yang tu, I pegang Udder Cream, yang hilang tu Irritable Skin Balm....

Me : 'Azfar sayang...have you seen this type of  thing, did you play with this cream earlier on?
        ' Ummi has another similiar one which is missing right now.'
Azfar :  'No...no.'  While helping me to find it under the bed and under his chair.
Me     :  'Are you sure sayang'
Azfar :  'I think......no...no.' While thinking like a professor.
Me     :  'It's okay then, thank you sayang' 
Azfar :  'Kengkiu Ami' (Thank You Ummi)

Okay that's it. It's already 11 something and I need to go to bed. As an alternative, I just applied the MSM Soothing Cream to Azfar. 

Let's sleep, have a good rest and tomorrow morning first thing first is to find that cream.
While resting my head on the pillow, I was thinking about the article that I read from kak Farah Rahim's blog about Doa Barang Hilang but I was about to be in my dreamland already. Soooo lazyyy to google it.

*Kringggggggggg*

After Subuh prayer, I searched again for that cream. Hmmmm....still can't find it.
Then I googled for the Doa from kak Farah's blog.


These are the Doa's.
"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang."
Atau...
"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lalai(lupa)"
She wrote :
Saya  baca berulang kali sambil muhasabah diri dan ingat mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.

I pun selawat dan baca doa itu berulang kali.

Dalam pada itu juga, I siapkan bekalan makanan untuk ke pejabat. Masak nasi Azfar. Gosok baju I dan En Zairin.

.
.
.
.
.
.

 
Allah Maha Mendengar

Sambil-sambil I pakai tudung dan buka laci untuk cari barang lain, mata terus terpandang cream itu....Alhamdulillah...Syukur...Itu sahaja yang I dapat ucapkan.






ALHAMDULILLAH






 

Thursday, December 13, 2012

Jom Positifkan Minda & Diri....Prof Dr Muhaya

Laman web selalunya ramai yang anggap ia negatif, yela segala benda dihujung jari. Boleh akses apa jua tanpa sempadan. Bila timbul masalah akhlak, curi ke ...macam-macam masalah, mesti nak tuding jari ke laman web. 
Tapi kenapa kita nak salahkan benda yang manusia sendiri cipta dan kawal...benda yang tiada akal fikiran. Kenapa? Ciannn...itu la nasib benda yang tidak bernyawa dan tidak boleh melawan.
 Sekarang ni pokok pangkalnya pada manusia itu sendiri. 
 Kalau positif yang dicari, positiflah ia. Kalau negatif yang dicari, negatiflah ia. Setuju?
I sebenarnya nak berkongsi sebahagian daripada puluhan, malahan ratusan.. ntah-ntah ribuan kata-kata positif daripada Prof Dr Muhaya. Seorang doktor pakar tetapi masih mampu untuk memberi motivasi kepada umum. HEBAT. Seorang insan yang dipilih Allah SWT untuk berdakwah.
Memang dah jadi rutin hampir setiap hari, bukak aje komputer mesti nak baca dulu kata-kata hikmah beliau. Senangkan. Nak harap I bukak buku tiap-tiap hari memang tak dapeklah. Ia seakan memberi semangat dan yang penting peringatan kepada diri I ni yang masih berjuang untuk menjadi insan yang positif. Manusia kan selalu lalai. Jadinya peringatan sesama kita amatlah penting. 
Yang pasti, bersedialah terima teguran.  
Asalnya I mula baca status Wardina Safiyyah dalam facebook melalui official fanpage beliau. Tapi atas sebab-sebab yang I sendiri tak pasti, beliau lebih aktif di twitter saja sekarang. Disebabkan itulah I cari dan cari dan jumpalah Prof Dr Muhaya punya. Memang banyak lagi yang ada, tapi bergantunglah pada diri sendiri lebih senang yang mana kan.Taste masing-masing.
 
Antaranya:
'Apabila kita hilangkan segala kemarahan, dendam benci hidup akan menjadi Indah. Jom lihat diri dan tulis apa emosi kita sekarang.'
 'Lihat umur kita ini penuh kebaikan atau kejahatan. Jom jaga, jangan lalai dengan pujian manusia.'
 'Jika dicuba dgn kesusahan, senang ingat Allah tapi jika di uji dengan kesenangan, ramai dari kita gagal. Jom audit. Jangan kita letih di dunia dan terseksa di akhirat.'
 'Ibadah sebenarnya suatu kesyukuran bukan suatu beban- Jom audit diri kita.'
 'Kaya jiwa penting bukan kaya harta. Tentukan harta kita halal.'
 'Mencari ilmu ugama wajib untuk kita semua.'
 'Kalau nak jadi manusia, ikut sunnah nabi- Dato Zawawi- jom audit diri kita.'
 'Semoga hari ini kita mencari kebaikan dalam setiap situasi dan orang yg kita jumpa. Hentikan membaca berita negatif tentang orang lain. Lihat pada diri dan tahap takwa kita.'
 'Please make correcting ourselves priority and so busy correcting our attitude that we do not have focus on others bad attitude. Choose to see good in others and be in awe at the beauty around us and see how our energy and life change.'
 'Semoga sebelum kita tidur malam ini perasaan dan fikiran tenang dan bahagia serta memaafkan semua orang. Tentukan tiada emosi negatif dan bayangkan yang terbaik untuk kehidupan dunia & akhirat in shaa Allah.'
'Many people have negative self concept. See our life and that is our self concept and image. Start improving it by appreciating ourselves and others and plan our day with enthusiasm and make a positive mental movie of our day today.'
 'Jika kita jaga setiap minit, jam, hari dan minggu urusan Ibadah dan akhlak, in shaa Allah akan Bahagia dunia akhirat. Lihat setiap minit di mana minda dan minat kita. Itulah kehidupan kita.'
 'Never say I try, it is a sign of doubt, say I will, in shaa Allah. Be confident once Allah is with us. Hence be a good practising Muslim, then life is heavenly. Only people with problematic aqidah will have many problems. People with good connection with Allah will have heaven in their heart.'
'Cara kita berbuat sesuatu bergantung kepada cara kita berfikir tentang perkara itu. Oleh itu untuk berjaya kita harus punyai keupayaan untuk berfikir dan bayangkan apa kita mahu dan tidak membiarkan apa yang berlaku di keliling kita mempengaruhi fikiran kita. Adakan imej positif dan bertindak ke arah itu. Jom ubah cara berfikir.'
 
 
 
            

Big Bad Wolf...Tolong Saya Kena Baham.


The Entrance at Mines International Exhibition and Convention Center (MIECC)
 
Sebelum-sebelum ni I tak pernah nak ambik pusing books sale ni sebab selalunya kalau ada warehouse sale atau apa-apa sale yang besar-besar, barang-barang die memang out-dated habis.

Tapi taktaula tahun ni hati macam tebuka untuk tau lebih dan lebih lagi. Baca experience mereka-mereka yang dah pernah pergi ni agak mengujakan...positif aje.

One week before sale, I dah buat list. Masuk website die dan agak terpegun sebab best-best gak buku yang dia offer....bertambahlah semangat nak pergi. Wahhhh seronok-seronok.

I applied for annual leave on the 1st day itself. The day before was the preview passes day.



Sampai-sampai aja...tu dia haihhhh....besaq sungguhhhh. Apa lagi, mulalah diri ini tidak keruan. Padanlah mereka bawak beg baju beroda, troli pasar dan segala jenis beg yang berodalah I nampak. Lesson learned.

Okay tarik nafas panjang-panjang, mulakan dengan bismillah....

Mula-mula I pergi fiction area. Kat situ jer I dah pening, banyak sungguh buku. Tapi I dapat grabbed apa yang I nak. Tu belum pergi children's corner lagi, non-fiction lagi, biography lagi, cooking lagi, motivation lagi.....fuhhhh.

Lepas fiction, I terjah children's corner. Wah sangat teruja lagi. Banyakkkk betul collection dia.




Sambil-sambil pusing dan berpinar biji mata, masih lagi mampu nak recognize kak Farah Rahim, silalah ke blog beliau krupkrup dan pinkgoodness untuk tau lebih lanjut. Yang bestnya 2-3 hari sebelum tu baru start baca blog beliau.
 I ngan terhuyung-hayangnya dari jauh....'Kak Farah Rahim'....hahahaha excited. All I can say is, she is a very nice person.




Ni ha lepas dah sauk-sauk masuk beg, time for sorting pulak, kalau tak nanti ter'over' budget. I sat at one corner...nak cari area yang kosong pun susah,semua bersila-silaan... Mula-mula top up energy dulu, baru otak boleh berfikir.




Hasil baham kali pertama. As u can see, not that much eh. It was because I couldn't carry my beg anymore, I have to drag it on the floor because it was too heavy and my energy level has gone down badly plus my mind was all over the places...too much of input.

Azfar's books.

Mine. I love the recipes in that Italian cook book.

Mine too.

Mine also.


 Hasil kena baham kali ke-2.


Sebab musabab ada kali ke-2 adalah kerana buku Vocabulary Power dan Juices & Smoothies itu.

 Tapinya kalau dah ada kat sana, mana mampu nak balik hanya dengan membeli 2 bijikkkk buku. Itu pun I saja bawak beg takde roda, sebabnya kalau bawak beg roda lagi banyak I angkut...senangkan nak tarik. Jadi kalau beg yang kena angkat sendiri ni, I akan rasa penat dan tak larat...jadi terhad la pengambilan buku-buku. 

Kalau ikutkan hati ni, buku architecture yang takde kena-mengena dalam hidup I ni pun I nak rembat tau...because it is damnnnn cheapppp.


Anyway, I guess all these collections should be able to keep me busy reading for the next 1 year until the next Big Bad Wolf Books Sale. And as for Azfar, there will be no visit to MPH anymore...hehehe unless if you throw tantrums in front of the bookstore.


Okay, a lil bit of calculation here, untuk sedapkan hati,
Total damage for 2x visits = RM 391
Total number of books = 44
Average price for 1 book = RM8.89

Average of number of books a month until the next BBW sale = 4
Average of money spend a month until the next BBW sale = RM32.58


Fuhhhh....cheap..cheap..cheap...investment...investment

Does that means I can go again until it ends on the 23 December????

?????




Thursday, October 18, 2012

Kelas Hijau

Duduk rumah teres, untunglah kalau ada lebihan tanah. Kalau intermediate, sekangkang kera aje la. Kalau rumah banglo tuh lain ler, tanah melambak-lambak. Tapi lagi haru kalau rumah atas angin, dalam pasu aje la tanam.

Tapi kalau dah minat, tak payah tanah halaman sebesar padang bola, dalam pasu pun menjadi-jadi...ek.

Macam rumah mak ayah aku tanah agak luas, tapi dah buat renovation, tinggallah banyak tuh jer. Jadilah.

Aku pun sebenarnya beruntung sebab mak dan ayah rajin memanfaatkan rezeki tanah yang ada. Kalau aku.....ntah ler. Lalang kot yang aku bela, okay lagi sebab masih ada unsur-unsur kehijauan yang aku kekalkan. Tapi kalu itu En Zairin, aku rasa habis die simen semua tanah tuh. Senang, takyah  nak maintain-maintain.


Petik cili api
 Awal-awal dulu masa belum kenal erti rasa cili api, Azfar akan petik dan ngapppp.
Pastuh.....uwaaaaaaaaaa....awa...awa...( awa panggilan untuk wan eh ).
Sekarang ni rajin gak petik, tapi Azfar letak kat dapur.


Pucuk manis
 Yang ni tanam sebagai hiasan kot or suke-suke hati or nak memanfaatkan pasu-pasu kosong sebabnya aku tak pernah lagi rasanya makan masak lemak pucuk manis hasil tuai dari laman ni. 

Kalau tengok hasilnya pun, musykil gak nak buat hidangan 1 family. Sekali ngap jer bagi aku.


Lupe daaa...
 Apa ntah nama daun ni. Mak wat rebus dan minum airnya. Sebagai penawar kencing manis kot.


Anak pokok doyan
 Doyannn... ayah ler yang rajin..memang dari dulu. Pastuh bawak balik kampung, tanam. Celah mana or dah besar mana pokok pun aku tak tau. 

Tapi aku akan ambik tahu kalau ayah bawak balik buah doyan.


Bunga kebangsaan
 Ni pulak mak tanam. Biasalah pompuan, bunga tidak dapat dipisahkan.


Bunga ape-ape ntah...

Mawar berduri
 Bunga ros ni ada kat banyak tempat. Bila tengah kembang memang gerammmm jer tengok.


Daun kari...wajib ada
 Mak kata sejak aku kahwin, maksudnya sejak En Zairin mula dok rumah ni, pokok daun kari asyik togel jer.

 Sebelum tuh dicantas-cantaskan ajer.


Ixora
 Ni satu-satunya pokok berunsur bunga yang ayah tanam. Tanam buat pagar. Jimat kos, takyah naik pagar batu. 

Tapi siyes tau...hasilnya cantik.


Serai
 Serai wat masak. Faham-faham jela sape yang tanam.


Limau kasturi
 Pokok ni pun agak malu-malu untuk mengeluarkan hasilnya. 

Dahnya, every week aku tuai kat tesco or giant.


Daun limau purut
 Sejak-sejak aku suka masak paprik dan tomyam atau lauk unsur-unsur Thai gitu, pokok ni banyak membantu.


Pokok Cili api yang banyak memberikan hasil
Godang gak cili eh ha. Sonang nak masak lomak kalau cili abihh.


Deretan pokok-pokok bunga


Okay, dah habis sesi perkenalan bersama-sama tumbuhan hijau.




Saturday, August 11, 2012

Pencarian bermula......

Memang dari awal lagi dah pasang niat kalau ada rezeki lebih nak hantar Muhammad Azfar ke 'Playschool' bila umurnya masuk 3 tahun. Dari awal tahun saya dah cari dalam internet dan senaraikan 'playschool2' yang ada kat area Shah Alam, lebih spesifik lagi dalam 3-4 km jaraknya dari seksyen 10. Bukan apo, sonang atuk ngan uwan eh nak poie kalau ado apo-apo hal..ha kan dah speaking nogori dah.

Memang tak dinafikan terdapat banyak 'playschool' atau 'preschool' diluar sana. Tetapi takkan nak pakai terjah jer bila nak hantar anakkan. Selidik-selidik la dulu dengan mengambil kira beberapa faktor yang kita rasa relevan. Pada saya tak semestinya yang murah itu tak bagus dan yang mahal itu bagus. Lagi satu bergantung kepada perkembangan dan kemampuan si kecil.

Antara senarai-senarai 'playschool' yang saya ada:
1. Tadika Tazkiroh Seksyen 2
5. Smart Reader Kids Seksyen 3 & 9

Dan antara faktor-faktor yang saya tekankan:
1. Tanggungjawab sebagai Ibu Bapa.
2. 'Input'.
3. Tenaga Pengajar.
4. Kemampuan.
5. Makanan & Minuman.
6. Persekitaran.



1. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI IBU BAPA

Sebaik sahaja anak kita lahir kat dunia ini, ia merupakan amanah yang paling berharga yang diberikan oleh Allah SWT untuk ibubapa membentuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan juga akhirat. Ingat ye AKHIRAT juga. Anak-anak kita ni kan ibarat kain putih yang suci dan bersih, ibubapa lah yang dipertanggungjawabkan untuk mencorakkan kain tersebut.

Zaman sekarang ni memang kebanyakan ibubapa mampu memberikan didikan dan pendidikan yang sempurna tetapi mereka lebih mementingkan kejayaan di dunia, mereka terlalu agungkan duniawi. Contohnya sesetengah mentaliti masyarakat kita yang suka mengukur kejayaan seseorang berdasarkan kebendaan. Asal pakai kereta besar, duduk rumah mewah, pakai berjenama dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, berjawatan tinggi pasti dikatakan sudah berjaya...maka kata nasihat seperti contohilah mereka ini, belajar rajin-rajin tau, nanti bila ada banyak duit senang...maksudnya disini dari kecil dah disogokkan tujuan belajar pandai-pandai adalah untuk dapat duit yang banyak.

Bagi pendapat saya lagi elok jika ibubapa agungkan seseorang yang tinggi ilmu agamanya, ilmu pengetahuannya, budi pekerti disamping sumbangan atau khidmat yang diberikan kepada masyarakat untuk kebaikan dunia akhirat.

'Waktu kecil, kitalah sumber pahala ibu ayah kerana membesar dan mendidik kita dengan penuh kasih sayang. Ketika dewasa, jangan pula kita menjadi racun yang mencemarkan pahala ibu ayah kerana bersikap buruk, membuka aurat dan hidup dalam amalan dosa setiap hari' - Wan Muhd Ali (WanMA)

TADIKA TAZKIROH, Surau Seksyen 2 Shah Alam.












2.' INPUT'
Semasa mengandungkan Muhammad Azfar, saya memang dah berkira-kira untuk memberi yang terbaik kepada buah hatiku itu.Terbaik dalam segala segi. Tapi bagi saya, ilmu haruslah didahulukan. Saya nak sayalah yang pertama memberi dan mengenalkan dia dengan ilmu. Tetapi saya akui, tidak semua perkara saya mampu buat dalam satu masa. Tiada konsistensi disitu. Berilmu tidak semestinya dapat A dalam semua subjek ye. Dan yang saya amat tekankan disini adalah ilmu akhirat. Sudah semestinya saya perlukan bantuan oleh itu saya akan hantar Azfar ke sekolah yang mampu berikan 'input' seperti yang diinginkan.


3. TENAGA PENGAJAR
Dah tentu saya nak elakkan yang 'Sekadar melepaskan batuk di tangga', mengajar bukan dari hati...yelah ngajar budak-budakkan menuntut kesabaran yang amat tinggi melangit. Kalau tak ikhlas, tuh yang nak marah jer.

4. KEMAMPUAN
Yang pasti semuanya bergantung pada kemampuan. Kalau mampu untuk shopping barang-barang 'branded', pakai kereta mahal, makan angin sana sini, apalah salahnya kalo 'invest' lebih skit untuk perkara yang lebih mulia....insyaAllah bekalan untuk di akhirat jugak nanti tuh.

5. MAKANAN & MINUMAN
Apa yang kita makan melambangkan keperibadian kita.Siapa yang menyediakan makanan itu dan dari mana sumbernya...halal ke tidak.

6. PERSEKITARAN
 Selesa & selamat. Tidak semestinya kena ber'aircond' bagai, carpet setebal 2 inci. Asalkan budak boleh bergerak bebas.


BRAINY BUNCH ISLAMIC MONTESSORI, Seksyen 3 Shah Alam

Tingkat bawah


Kantin

Kakak-kakak, bebaik ye turun tangga


Outdoor class. 
*Belakang tirai kuning tuh ada swimming pool. Sape yang ambik full day, included la dalam package.


The building



Perbezaan between the 2 places.
- Tadika tazkiroh tak ada specifik aktiviti untuk kanak-kanak 3 tahun.
- Yang lain lebih kurang saja tapi monthly and annual fee dia memang affordable.










Wednesday, April 25, 2012

Susu Kambing.

Pelik? Geli geleman? Eee sedap ke? Saya pun berperasaan begitu juga sebab tak biasa. Iyalah selama saya hidup asyik disogokkan dengan susu lembu ajer. Walhal susu dan daging kambing adalah makanan sunnah Nabi SAW. Saya yakin tidak ramai sebenarnya yang tahu khasiat susu dan daging kambing. Jadi saya nak kongsikan apa yang saya jumpa dan baca. Info ini saya dapat dari sini.

Mainan Yahudi yang WAJIB anda tahu!

"Sedarkah anda susu dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi??"

1. Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.

5.Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..


Khasiat susu kambing pula saya dapat dari sini.

Antara khasiat susu kambing ialah:

Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.


Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.


Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.


Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.


Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.


Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.


Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi). Di atas adalah sebahagian khasiat susu kambing yang menjadikannya minuman yang sesuai untuk dijadikan sebagai amalan harian.



Saya memang jarang minum susu. Minum pun hanya bila terasa gigi & tulang-tulang ni longgar. Tapi sekarang saya nak amalkan susu kambing sebab baru tahu betapa banyaknya khasiatnya. Saya dah pun 'search' kat Google mengenai kesesuaian susu kambing kepada bayi & kanak-kanak. Tak banyak sangat artikel yang saya jumpa tapi boleh jugalah dijadikan panduan.