Hari ke-4. Serius sangat-sangat, I tak ingat nama tempat yang Supir ni cadangkan dan bawa kami ke sini. Yang pasti di sini ada banyak aktiviti laut. Macam-macam tapi kami ambil aktiviti yang tak perlu kami tinggalkan Azfar....ishhh tak berani u.
Masuk je kawsan ni risau I kalau-klau ada taik anjing sebab ada jugaklah dalam 2-3 ekor syok berkeliaran. Ada sekor tu pandang orang cam nak terkam..... I takut.
Okay, aktiviti yang En Zairin ambik ialah menaiki bot ke Pulau Penyu. Botnya sepesial karana bisa lihat ke dalam laut. Ada gelas kat tengah-tengah katanya.
Ehhmmm....oklah tuh, syok jugak.
See through la sangat ko kan. Apa ni yo yo eh je. Yang kami nampak tu ha, daun-daun ke ntah rumpai laut yang dah mati. Dibilang di hadapan sikit nanti baru jernih airnya.
Waduhhhh pak, nggak jernih pun.
'Mungkin karna udah banyak bot yang lalu, jadi airnya keruh'
Apa-apalah.
Daripada sakit tengkuk I tengok bawah, baik I tengok scenery. Nampak tak disebalik awan tu, macam ada gunungkan. Itulah dia gunung Kintamani yang kami tak dapat tengok tu. Hari ini cuaca elok tapi tak sanggup la pulak kalau nak ke sana lagikan.
Inilah dia Pulau Penyu. Kat pintu masuk tu ada pulak disuruhnya 'bayar' derma sebanyak sekian..sekian, I tak ingat. Kalau derma suka hatilah nak bayar berapa pun kan, ini tak, dah ditetapkannya.
Best jugak dalam ni sebab boleh pegang macam-macam binatang. Bukan setakat penyu jer.
First time u pegang.
Berat jugak binatang ni walaupun yang I pegang tu agak kecil. Lagi-lagi kalau dia kipaskan kakitangan dia. Azfar tu takut nak pegang tapi excited sangat bila penyu tu kibas-kibas.
Burung apa ni eh? Helangkan.
Yang ni I surrender awal-awal. Tapi I paksa En Zairin pergi bawak Azfar sekali. Yang ni Azfar tak takutlah sebab ular kan gerak perlahan je.
Habis je tour kat Pulau ni kami balik terus dan mintak Supir singgah tempat shopping-shopping. Ada satu Mall ni tapi I tak ingat jugak namanya...Suria ke ha? Tapi tak best pun sebab tak boleh nak bargainkan. Beli keychain je.
Lepas tu kami ke Jimbaran. Tempat ni popular sebab ada banyak restoran makanan laut dan sambil-sambil makan tengok matahari terbenam. Memang banyakkkkkk pun. Sepanjang-panjang pantai itu.
Walau kami amat terliur dengan hidangan-hidangan yang ada tapi tekak terasa tak lalu...tak confidentlah...hehehee. Jadi jalan-jalan sahaja sambil ambik bau.
Jumpa dengan orang jual jagung. Nampak sedap sangat lagipun perut laparkan. I pun ajak En Zairin beli. Sambil-sambil nak pilih perisa, En Zairin kata tak payahlah beli.
Terpinga-pinga I kat situ, dahlah lapar.
Sebabnya dia nampak orang tu pegang jagung dengan tangan sahaja, kalau pegang kat tangkai takpe lagi, ni kat isi jagung itu...grrrrrr.
Maka dengan itu jalan-jalan dan tangkap gambar ajelah kerja kami. Sambil-sambil menunggu pemandangan matahari terbenam.
On the way balik kami minta supir singgah
makan. Makan di Restoran Nasi Padang untuk isi perut yang dah kebulur
dan berkeroncong ni. Mula-mula nak singgah Natrabu tapi macam ramai la pulak. Perut ni dah tak boleh nak tunggu. Jadinya selang beberapa blok ada satu Restoran yang tak ramai orang. Okaylah. Lepas makan kita balik.
Sampai hotel, kami mandi dan keluar balik. Jalan-jalan naik motor di Kuta town. Nak pergi tengok monumen tempat yang kena bom dulu. Mula-mula tak jumpa benda ni. Pusing balik dan tanya polis kat tengah-tengah jalan tu. Perhati betul-betul baru jumpa.
Kat Kuta ni banyak betul tempat bersuka ria. Along the way memang pub and disco. And mat salleh is so melambak-lambak. Memandagkan tak ada apa yang boleh kami lakukan kat sini dan En Zairin pun malas nak turun jalan-jalan, tambahan pula Azfar pun dah lentok, kami pun balik hotel terus.
Saje blogwalking... Azie, lamanya kita tak jumpa kan?
ReplyDeleteShasrine....Ya Allah memang lama tak jumpe.
DeleteSempat jenguk blog Shas kejap.....sangat jelessss sbb jd SAHM dan byk betul resepi. Skrg tinggal kat mana?
Follow blog ni ye.