Sekarang dah bulan Disember tapi cerita cuti-cuti Bali ni dalam bulan Mei....
12 tolak 5 sama dengan 7...
Dah 7 bulan baru nak 'update'...hehehe. Ok, sebenarnya tak 'excited' nak cerita apa pun sebab takde apa yang menarik sangat.
Kesimpulannya En Zairin & I rasa "Takdelah happening sangat pun seperti yang diheboh-hebohkan, serabut adalah. Lainla kalau kita ni surfer. Cuti kat Sabah lagi best kottt"....
'Flight' kami pukul 3.20petang. Sampai 'airport' pun ngam-ngam soi je untuk check-in. Punyelah jauh Gate nya...terkedek-kedek aku jalan ngan sling bagnya, ngan sibuk nak ambik gambar lagi, ngan takde staminanya.....mengah..... Time tu jugaklah baru teringat nak wish Qistina (anak buah) Happy Birthday. Call-call tak angkat, terpaksalah type msg ke ibunya sambil aku lari-lari itik. Manalah tak mengahnya.
Sampai akhirnya ke Gate G kot, tapi yang pasti Gate last skali.
Fuhhhh....dapat jugak I duduk sekejap hilangkan rasa penat sambil-sambil snap gambar tiket....
Itupun nak ambil gambar ke.
Eh suka hati I-lah.
Belum pun sempat panas cik Von ni panas, dah dipanggilnya masuk.
'Ok berhenti jap, tangkap gambar. *Smileeee*.....'
'Azfarrrr stoppp. Ok smileeeee'. Tak sporting la pulak..muka ketat je.
Bapaknya dah ke depan nunnn. Orang lain takde masa atas bridge ni, sebab tu I ngan excitednya snap sana snap sini. Kalau ramai, I pun tak sanggup...jakun sangat nampaknya.
Azfar tidur along the journey. Aman sikit.
Dalam 3 jam dah sampailah kami di Denpasar Airport. Dah gelap dah, lebih kurang senjalah. Masa ni En Zairin tengah uruskan teksinya ya. Ramai betul manusia kat sini ye. I rasa takut pun ada jugak, rasa macam tak secure. En Zairin kata pegang Azfar tu elok-elok, ramai orang ni. Haa sebab itu tak dapat ambik gambar banyak-banyak. Satu ni je....hihihi.
Kalau nak jalan kat sini kena cepat, kena ikut rentak dia. Kalau 'lenggang-lenggang kangkong, kangkong di tepi parit' haa..memang kena langgar la gamaknya. Orang sini kalau langgar-langgar kita takde sorry-sorry ye...dia buat bodoh je. *Sabarrrrr....*
Kata supirnya, perjalanan hanya memakan masa 20 minit. Tempatnya nggak jauh dari sini. Tapi kalau macet (traffic jam) mungkin lama sikit.
Ehmmm, kalau dah namanya kat Indonesia, tak sahlah kalau tak jam kan. Memang betul pun, belum keluar kawasan airport, dah berderet kereta.
Sana sini serabut..jalan kecik...motorsikal memang macam lebah la (betul cakap ex-boss I masa kat Nestle dulu, Mr Heru)...tapi paling annoying sekali, diorang memang suka hon. Sepanjang perjalanan ke hotel rasanya dekat 100x kot dengar bunyi hon.....BERSYUKUR SANGAT BERADA DI MALAYSIA...ALHAMDULILLAH.
Kata supirnya, perjalanan hanya memakan masa 20 minit. Tempatnya nggak jauh dari sini. Tapi kalau macet (traffic jam) mungkin lama sikit.
Ehmmm, kalau dah namanya kat Indonesia, tak sahlah kalau tak jam kan. Memang betul pun, belum keluar kawasan airport, dah berderet kereta.
Sana sini serabut..jalan kecik...motorsikal memang macam lebah la (betul cakap ex-boss I masa kat Nestle dulu, Mr Heru)...tapi paling annoying sekali, diorang memang suka hon. Sepanjang perjalanan ke hotel rasanya dekat 100x kot dengar bunyi hon.....BERSYUKUR SANGAT BERADA DI MALAYSIA...ALHAMDULILLAH.
Inilah kesemua bag kami. Tapi tak penuh sangat sebab nak bagi ruang untuk buah tangan.
Tempat kami duduk ialah Jayakarta Club Bali Residence di Legian. Tempat ni center of the Kuta town. Kami ambil one-bed room apartment, itu yang nampak spacious je kan. Memang bestlah nak berehat-rehat, takdelah serabut menyempit-nyempit.
The Hall and The Kitchen |
The Sofa bed..sambil-sambil tengok TV boleh lunjur kaki. |
The Bathroom..siap ngan bath tub. |
The Room |
Deluxe full, so no choice we have to go for 2 single bed. Apalagi, cantumkanlah.
Dari Malaysia |
Katanya kat Bali ni hati-hati sikit kalau nak makan, banyak jugak yang tak halalnya. Dan yang 'hot' kat sini ialah babi guling... Jadi dah tentunya I stock up foods dari Malaysia.
Peralatan-peralatan lain pun bawak termasuklah rice cooker kecik tuh. Kalau sanggup nak samak semua peralatan dalam tuh, oklah tak payah susah bawak.
Love this pic so much. Synchronize jer gaya anak & bapaknya. |
Untuk dinner ni I dah siap-siap masak lauk dari rumah. Tinggal masak nasi jer. I bawak sambal sardin dan telur dadar. Fuhhh...layan.
Perut dah kenyang, hati pun senang.
"Abah nak Ipad"
Selamat Malam.
To be continued to Part 2.
No comments:
Post a Comment