Wednesday, December 5, 2012

Bali, Indonesia Part 2

 Part 1

Hari kedua, lepas subuh tidur balik rehat-rehat jap. Dalam pukul 9 baru bangun sediakan heavy breakfast dan ready untuk keluar jalan-jalan.

Hari ni aktiviti bebas. Jadi En Zairin plan sewa motorsikal je disebabkan oleh jalannya yang tak sistematik dan trafficnya yang gilaaaa. Sementara menunggu motornya sampai, mari kita bergambar.









Okay, nilah dia motornya. Orang yang paling suka sekali dah tentu Azfar, siap duduk depan lagi..takde helmet pulak tu. Untuk kami adalah.
Halatuju memang tak tau. I kata jom jalan-jalan tengok town.



Baru halfway tetiba Azfar dah melentok-lentok...boleh lelap pulak dia kena angin sepoi-sepoi.
Dahnya terpaksalah bawak duduk in between kami. Satu hal la pulak seat jadi sempit, En Zairin je dah 3/4 ruang...adjust sana adjust sini ehmmm bolehlah tapi cian cik Von I sakit.


Kat mana ni?

Tak tau la.Jangan tanya...kan kami redah jer.

Ada satu benda menarik pasal sistem roundabout kat sini tapi lupa daaa.


Isi minyak jap. Rupenya kat sini untuk motorsikal ada pump khasnya. En Zairin taktau, terus masuk ajela mana-mana pump yang kosong. Tetiba dari jauh,
'Pak..pak..sini ya'

Perjalanan diteruskan.



Penat telan angin dan sedut asap kenderaan, perut pun jadi lapar. Nampak pulak McDonald's. Mula-mula En Zairin risau, halal ke tak. I kata kat Indonesia mestilah halal sebab majoriti Islam.
Masuk dalam I check dulu, ada pun halal certification nya.

I order jugak teh botol ni sebab heboh katanya kalau pergi Indonesia mesti try. Ingatkan sedap sangatlah, rasa cam green tea aje punnn.



Azfar memang suka la sebab sejuk. Berebut ngan I...terpaksa order lagi satu.

Lepas makan, kami memang tak tau nak kemana. Sambil jalan nampak signboard Tanah Lot. 

I : 'Dekat ke Tanah Lot ni? Kalau dekat jomla pergi sekarang. Takyah kita pergi ngan supir esok'
 En Zairin : 'Entahlah, tanya orang jap'

Masa kat traffic light En Zairin bertanya. Katanya dalam 20 minit jer. 
Si X : 'Pak terus saja, lepas tuh ke kanan. Jumpa lampu isyarat ke kiri dan terus saja ya'

I : 'Dekat jela ye..jom...jom'

Jalan punye jalan tak jugak jumpe jalan nya. Walaupun ikut signboard tapi cam hampeh jer direction dia. Sambil-sambil itu pun En Zairin tanya jugak orang tapi very confusing betul. 
 Last-last jumpe satu mamat ni, katanya dia pun nak ke arah sana, ke rumah saudara katanya. Jadi ikut saja dia.

Jauhnya ya ampunnnn...naik kematu cik Von I tau. Turun naik bukit. Dengan signboard takleh pakai. Dalam sejam lebih baru sampai.

Haaa...tu diaaaaa. Basically they have a lot of temples here. Bali majoritikan Hindu.
Masuk kena bayar ye. Opss lupa, nak masuk parking tadi pun kena bayar...walaupun motor aja.



All the way from the entrance up to this area, they have shoplots that sells various of souveniers. Bags, t-shirts, dresses, vases, keychains (mostly 18SX)...  you just name it. And its cheappppp but please bargain...bargain....and bargain.
The large mengkuang bag that cost about RM 40-50 in Malaysia, here you can get about RM 10-15 onlyyyy!!!
Tapi bila mengenangkan naik motor, ehmmm...beli ala kadar je.






Renyai-renyai dan sejuk. Terpukau dengan laut dan deruan ombaknya. Nyaman dan segar sekali ya.









Ramai pulak la yang bertenggek kat hujung tu. Memang dorang dok melangut je. Nak bergambar pun payah.



Dari puncak, kena panjat skit. Penat tapi gagahkan jua diri ini.







View semak-samun je yang lebih.

Kami tak dapat nak lepak lama-lama pun sebab cuaca mendung macam nak hujan lebat...naik motorkan. Posing sana posing sini sikit, tukar diaper Azfar terus balik.

Tapi on the way balik cuaca cantik je.Ahamdulillah.
 Semakin jauh dari Tanah Lot, semakin panas pulak. Dan yang syoknye jalan pulang sekejap je. Inilah sebenarnya jalan yang sepatutnya 20 minit dah sampai. Memang betul lah, cuma makhluk Allah SWT tu yang bagi direction weng punya.

Penat-penat, balik terus rehat.


To be continued, Part 3.





No comments:

Post a Comment