Jom Positifkan Minda & Diri....Prof Dr Muhaya
Laman web selalunya ramai yang anggap ia negatif, yela segala benda dihujung jari. Boleh akses apa jua tanpa sempadan. Bila timbul masalah akhlak, curi ke ...macam-macam masalah, mesti nak tuding jari ke laman web.
Tapi kenapa kita nak salahkan benda yang manusia sendiri cipta dan kawal...benda yang tiada akal fikiran. Kenapa? Ciannn...itu la nasib benda yang tidak bernyawa dan tidak boleh melawan.
Sekarang ni pokok pangkalnya pada manusia itu sendiri.
Kalau positif yang dicari, positiflah ia. Kalau negatif yang dicari, negatiflah ia. Setuju?
I sebenarnya nak berkongsi sebahagian daripada puluhan, malahan ratusan.. ntah-ntah ribuan kata-kata positif daripada Prof Dr Muhaya. Seorang doktor pakar tetapi masih mampu untuk memberi motivasi kepada umum. HEBAT. Seorang insan yang dipilih Allah SWT untuk berdakwah.
Memang dah jadi rutin hampir setiap hari, bukak aje komputer mesti nak baca dulu kata-kata hikmah beliau. Senangkan. Nak harap I bukak buku tiap-tiap hari memang tak dapeklah. Ia seakan memberi semangat dan yang penting peringatan kepada diri I ni yang masih berjuang untuk menjadi insan yang positif. Manusia kan selalu lalai. Jadinya peringatan sesama kita amatlah penting.
Yang pasti, bersedialah terima teguran.
Asalnya I mula baca status Wardina Safiyyah dalam facebook melalui official fanpage beliau. Tapi atas sebab-sebab yang I sendiri tak pasti, beliau lebih aktif di twitter saja sekarang. Disebabkan itulah I cari dan cari dan jumpalah Prof Dr Muhaya punya. Memang banyak lagi yang ada, tapi bergantunglah pada diri sendiri lebih senang yang mana kan.Taste masing-masing.
Antaranya:
'Apabila
kita hilangkan segala kemarahan, dendam benci hidup akan menjadi
Indah. Jom lihat diri dan tulis apa emosi kita sekarang.'
'Lihat umur kita ini penuh kebaikan atau kejahatan. Jom jaga, jangan lalai dengan pujian manusia.'
'Jika dicuba dgn kesusahan, senang ingat Allah
tapi jika di uji dengan kesenangan, ramai dari kita gagal. Jom audit.
Jangan kita letih di dunia dan terseksa di akhirat.'
'Ibadah sebenarnya suatu kesyukuran bukan suatu beban- Jom audit diri kita.'
'Kaya jiwa penting bukan kaya harta. Tentukan harta kita halal.'
'Mencari ilmu ugama wajib untuk kita semua.'
'Kalau nak jadi manusia, ikut sunnah nabi- Dato Zawawi- jom audit diri kita.'
'Semoga hari ini kita mencari kebaikan dalam
setiap situasi dan orang yg kita jumpa. Hentikan membaca berita negatif
tentang orang lain. Lihat pada diri dan tahap takwa kita.'
'Please make correcting ourselves priority and so
busy correcting our attitude that we do not have focus on others bad
attitude. Choose to see good in others and be in awe at the beauty
around us and see how our energy and life change.'
'Semoga sebelum kita tidur malam ini perasaan
dan fikiran tenang dan bahagia serta memaafkan semua orang. Tentukan
tiada emosi negatif dan bayangkan yang terbaik untuk kehidupan dunia
& akhirat in shaa Allah.'
'Many people have negative self concept. See
our life and that is our self concept and image. Start improving it by
appreciating ourselves and others and plan our day with enthusiasm and
make a positive mental movie of our day today.'
'Jika kita jaga setiap minit, jam, hari dan minggu
urusan Ibadah dan akhlak, in shaa Allah akan Bahagia dunia akhirat.
Lihat setiap minit di mana minda dan minat kita. Itulah kehidupan kita.'
'Never say I try, it is a sign of doubt, say I
will, in shaa Allah. Be confident once Allah is with us. Hence be a good
practising Muslim, then life is heavenly. Only people with problematic
aqidah will have many problems. People with good connection with Allah
will have heaven in their heart.'
'Cara kita berbuat sesuatu bergantung kepada
cara kita berfikir tentang perkara itu. Oleh itu untuk berjaya kita
harus punyai keupayaan untuk berfikir dan bayangkan apa kita mahu dan
tidak membiarkan apa yang berlaku di keliling kita mempengaruhi
fikiran kita. Adakan imej positif dan bertindak ke arah itu. Jom ubah
cara berfikir.'
No comments:
Post a Comment