My Lunch |
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam ( potong kecik ~ cakap kat abang jual ayam tu, potong masak tomyam)
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 inci halia ( hiris )
3 sudu besar sos hoisin
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos thai
Garam secukup rasa
3/4 cawan air
1/2 - 1 sudu kecil tepung gandum
Kentang ( ikut suka nak potong dadu or jejari or bulat )
Bawang holland / besar
Lada benggala
Cara-cara :
1. Bersihkan ayam. Perasakan ayam dengan garam dan taburkan tepung gandum ( salut sikit-sikit je ). Goreng sehingga masak (jangan terlalu garing ) dan ketepikan. Kemudian goreng kentang dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan halia. Goreng sebentar tepung. Masukkan sedikit air diikuti dengan semua sos. Tokok-tambah sendirilah sampai dapat rasa yang diingini.
3. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Reneh seketika bersama sos dan masukkan kentang, bawang dan lada. Reneh selama 5 minit lagi sebelum angkat.
Hidangkan bersama nasi panas.
Senangkan.
No comments:
Post a Comment