Friday, December 28, 2012

Bali, Indonesia Part 3


Hari ke-3 En Zairin ambik supir. Namanya supirrr Mahathir...eh..eh..bukan Tun Dr Mahathir ye. 
Destinasinya...'Mana-mana aja pak asalkan bukan ke temple lagi' 
'Tapi saya mau lihat itu Barong dance'...ujarnya pak Jerin.



On the way....aduhai pening kepala tengok traffic kat Bali ni. All the way from hotel untuk ke tempat Barong dance ni memang I pening, Azfar pulak asyik nak melekat jer..last-last tertidur.
Agaknya dia pun pening kepala kot. I pun Zzzzz jugak tapi sekejap jer sebab nak tengok keadaan sekeliling.


Barong Dance Center.

Masuk-masuk ada satu macam bau.....*Pening lagiiiiiii*

Komen : Takkan datang untuk kali ke-2 or ke-3.













Lepas tu on the way to Gunung Berapi Kintamani, pak supir tanya mau ke tempat-tempat yang dia cadangkan tak ( tak ingatlah semua tempat yang dia sebut).....hmmmmm....En Zairin kurang berminat tapi I nak singgah ke tempat seni lukisan. Saja nak tengok. 
Mahal jugak harganya. Tapi I takde niat nak beli pun

Sebenarnya tak boleh tangkap gambar, tapi tak perasan.




Yang ni pun on the way to Kintamani. Ni tourist attraction jugak, untuk tengok padi di lereng bukit.
Di situ pun ada jual souvenirs. Cantik pinggan hiasan dia, buat dari tanah liat. Nampak mahal tapi bila dah tawar-menawar sampai tauke kedai pun naik menyampah, I convert to MYR cuma belas-belas je harga dia....murahhhhhnya. Kalau kat Malaysia mau dekat RM200...agaknyalah.

Terserlah betul ketembaman I.



On the way jugak, kawasan kampung. Masa ni dah start rasa sejuknya.



Haaa ko. Kalau dah camni kabusnya, ko rasa sejuk ke panas? Tak prepare pun ngan baju tebal bagai. Azfar pakai sleeveless punya baju, tu yang aku terpaksa sarung t-shirt algi satu.

Takde rezeki kami untuk tengok Gunung Berapi Kintamani. Cuaca tak baik...*sampai gigit jari Azfar tahan sejuk*
Walau apa pun, untuk datang kali kedua, mungkin tidak.

Kami ada makan kat satu Restoran atas ni. Katanya halal. Kami takde pilihan, perut dah berbunyi...kepala dah pusing. Dah bayar untuk buffet tapi tetiba tekak terasa kembang jer. 
Sudahnya aku makan buah, pisang goreng dan bubur pulut hitam. En Zairin makan nasi dan lauk ikan.


On the way turun kalau ikutkan nak singgah tempat kopi tapi tutup pulak. Jadi kami terus dibawa ke tempat shopping. I tak ingat nama tempat tu....maaf ye. Tempat dia kecik je, macam 1 lorong jalan jer kedai-kedainya. 
Kat situ jugak kami makan lagi sebab ternampak nasi padang. I dan Azfar makan nasi dan lauk ayam...tapi tekak tak berkenanlah cara masakannya. En Zairin yang dah makan tadi pun makan lagi...tak tahan tengok ayam tu katanya.



Kemudian teruskan lagi perjalanan ke Kecak Dance Center. On the way tu singgah Masjid....solat.

Masa kami sampai belum bukak lagi. Memandangkan Azfar tido,jadi I tunggu dalam kereta. Lama jugak menunggunya.



Kami antara orang yang terawal sampai, jadi kena tunggu lagi untuk hall ni penuh. Azfar memang tak nak duduk diamlah. Terpaksalah main kejar-kejar dengan dia.




Kalau tak silaplah, kami tak tunggu sampai habis betul-betul sebab banyak nyamuk dan Azfar dah bosan, dok keluar masuk keluar masuk...haishhh.





Sebelum balik kami mintak supir singgah di mana-mana fastfood restaurant yang ada. Jalan punya jalan nampak Pizza Hut. Okaylah tu.

Sampai hotel, mandi makan rehatkan diri pastu belek hasil tangkapan. Ni sebahagian.




Tidurrrr....untuk esok pulak.




Thursday, December 27, 2012

Chocolateeeeee....Dip n Dip Bangsar






This place is meant only for chocolate lovers. Left, right, up down, back and front is only about chocolate. To be honest, please share whatever you would like to eat and do not order sweet drinks. Mineral water will do. In our case we were so excited and hungry at the same time so we ordered as above and fruit smoothies as our drinks....hahhhhh...so muakkkk. En Zairin can't even finish his Molten Cake...what a waste.


Total damaged = RM 100 ....erkkkk. Nak rasa...lalalalala.


Dip n Dip located at Jalan Telawi 3 Bangsar. 





Masak dan Makan

 Cuti 25 Disember I rasa nak masak jer. Dok rumah dan masak. Oleh itu, inilah hasilnya.


 Sarapan Pagi

Laksa Utara

Nasi Goreng Kampung



Makan Tengahari.

Sambal Tumis Udang dan Petai

Daging Masak Lemak Cili Api

Sawi Masak Bening

Ikan Masin Gelama goreng


Pencuci Mulut

Puding Karamel





Wednesday, December 26, 2012

Liat Untuk Jaga Solat?

I dengar Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah di Sinar FM pagi tadi. Doa untuk memelihara solat.

Marilah bersama kita amalkan doa ini agar diri dan zuriat keturunan lebih sempurna dalam mendirikan solat. Ada masa diri ini lalai dan sambil lewa. Lagi kita berdoa dan meminta dari-Nya, lagi tenang rasa hati. In Sha Allah. Allah SWT tidak pernah mungkir janji.




"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

"O my Lord! make me one who establishes regular Prayer, and also (raise such) among my offspring O our Lord! and accept Thou my Prayer.


Aaminnn

Surah Ibrahim ayat 40



 

'Pembantuku'...Dryer Machine

Antara banyak-banyak kerja rumah, menguruskan kain bajulah 'task' yang paling I tak berapa gemar. Tak best. Nak sidai satu halnya, nak angkat lagi, nak lipat lagi. Kalau cuaca panas cantik arrr..sidai, tunggu kering, angkat tapi kalu musim hujan kalu...haruuuu dibuatnya.

Dahlah penat menyidai, belum lagi kering dah kena angkat. Pastu nak fikir lagi...nak nyidai dalam rumah. Penuhlah bilik. Gantung sana-sini. Kadang-kadang tu sebab pengudaraan tak betul, baju pun bau masam sikit. I tak suka jadinya basuh lagi sekali...hahahaha...ponek den ha.

Huhuhu....bukan mengeluh cuma kekadang terfikir, apasal la I banyak buang masa kat benda camni. I boleh jimatkan masa dan luangkan dengan family..buat banyakkkkk aktiviti berfaedah.
Jadinya kepala ni terfikir nak dapatkan dryer.....hehhehheh....

Ni beli kat Electrolux Warehouse Sale somewhere in November. Actually 2 weeks before that, we did some survey at few electrical shops. The best deal we can get was around RM 1600++, near to RM1700. Since that shop don't have any stock in hand so we decided to survey at other location first.

Tapi...tapi...

Rezekikannnn...one day while browsing shoppingnsales website, my eyes caught their advertisement, buat di Shah Alam pulak tu.....hohhh lagi senang keje I. So I told En Zairin and he said, 'Up to you' ...his favourite statement.

So this is what I got.

For only RM 810 !!!





But the warranty is only for 6 months. Additional warranty will cost me about RM 300++ per year. Hehhh...takpela. Sebab I ada tanya beberapa orang kat situ. Sorang tu kata dia memang beli kat warehouse sale je, takde additional warranty...elok lagi barang-barang dia. Setakat ni dah dekat 5 tahun dia guna.

I ambil yang sensor dry...senang. Ada lagi satu yang cam agak canggih tapi sales assistant tu kata yang ni pun dah cukup...hehehe. Lagipun yang ni ventilation hole die kat depan.


Akhirnya mesin basuh I (hadiah kahwin tuuu) ada kawan. Ini dialog mereka bila dryer ni sampai,

Washing                : 'Oh hai Ms Dryer'
Dryer                    : 'Hai Ms Washing'
Washing              : ' Welcome to the family. Hope you'll enjoy your new home. Our madam is a very  nice person. About workload you don't have to worry but you must be prepared  to work more during the weekends
Dryer                    : ' I am ready for any possibility...mentally and physically'
Washing                : ' Gooddd...we will work as a team'
Washing & Dryer : ' Yeayyyy'




p/s: Be good okay.


Tuesday, December 18, 2012

Ayam Masak Sweet Sour or Nyonya Style


My Lunch

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam ( potong kecik ~ cakap kat abang jual ayam tu, potong masak tomyam)
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 inci halia ( hiris )
3 sudu besar sos hoisin
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos thai
Garam secukup rasa
3/4 cawan air
1/2 - 1 sudu kecil tepung gandum
Kentang ( ikut suka nak potong dadu or jejari or bulat )
Bawang holland / besar
Lada benggala

Cara-cara :
1. Bersihkan ayam. Perasakan ayam dengan garam dan taburkan tepung gandum ( salut sikit-sikit je ). Goreng sehingga masak (jangan terlalu garing ) dan ketepikan. Kemudian goreng kentang dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan halia. Goreng sebentar tepung. Masukkan sedikit air diikuti dengan semua sos. Tokok-tambah sendirilah sampai dapat rasa yang diingini.
3. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Reneh seketika bersama sos dan masukkan kentang, bawang dan lada. Reneh selama 5 minit lagi sebelum angkat.

Hidangkan bersama nasi panas.


Senangkan.



Homeschool Activity : A Visit to The Wet Market



A Visit to The Wet Market.

My routine to the wet market is always on Saturdays morning. Most of the time it would be me alone. But on last Saturday, I was accompanied by this young man because he woke up at the time where I was about to leave the house. As usual, everytime he saw me in tudung, he will say, 'Nak lalan' (nak jalan-jalan).

So I grabbed this chance to expose him to one of the house chores. Actually it was his second visit but the first one didn't turned out well because of his crankiness. Before I left the house, I was hoping he will enjoy his visit.



Pushing the trolley with all his strength.

Folding up the trolley.

What he learned :
1. To be helpful.
By helping me to push the trolley.

2. Be good to others.
Possibility to hit others while pushing the trolley in a crowded place is very high.
Be polite and say sorry. 
Azfar : 'Chowi...' (Sorry)

3.  Sensory skill

He got to touched the fishes, squids, prawns, crabs, chickens, vegetables and fruits.
(For example : choosing squids and prawns together and put in the basket)





Monday, December 17, 2012

Barang Hilang?...Amalkan Doa Ini

Rutin harian sebelum tidur selalunya I akan sapukan ubat eczema di muka Azfar...itupun kalau eczemanya serang kembali la. 
Nak dijadikan cerita, pada satu malam ni, disaat badan I yang letih teramat, cream yang dicarikan tak jumpa-jumpa. Untuk pengetahuan, saya sudah pun 'switched'kan penggunaan steroid cream sebelum ini kepada natural cream iaitu MooGoo cream (sila klik untuk tahu lebih lanjut sebab entry ini bukan untuk cerita pasal cream ni tapi doa hilang barang).

*Stressed*

'Astaghfirullah....Ya Allah, mana aku letak benda tu.' kata I dalam hati.

Cari punya cari tak jumpa jua. Bila fikir balik tempat terakhir I letak, pun tak jumpa juga. I tak sure Azfar ada main tak cream tu sebab tempat terakhir I letak sebelum misteri kehilangan terjadi adalah di tempat yang Azfar mudah capai.

*Relaxed*

I pun tanya Azfar...kebetulan ada lagi satu cream yang serupa bentuk fizikal ngan yang tu, I pegang Udder Cream, yang hilang tu Irritable Skin Balm....

Me : 'Azfar sayang...have you seen this type of  thing, did you play with this cream earlier on?
        ' Ummi has another similiar one which is missing right now.'
Azfar :  'No...no.'  While helping me to find it under the bed and under his chair.
Me     :  'Are you sure sayang'
Azfar :  'I think......no...no.' While thinking like a professor.
Me     :  'It's okay then, thank you sayang' 
Azfar :  'Kengkiu Ami' (Thank You Ummi)

Okay that's it. It's already 11 something and I need to go to bed. As an alternative, I just applied the MSM Soothing Cream to Azfar. 

Let's sleep, have a good rest and tomorrow morning first thing first is to find that cream.
While resting my head on the pillow, I was thinking about the article that I read from kak Farah Rahim's blog about Doa Barang Hilang but I was about to be in my dreamland already. Soooo lazyyy to google it.

*Kringggggggggg*

After Subuh prayer, I searched again for that cream. Hmmmm....still can't find it.
Then I googled for the Doa from kak Farah's blog.


These are the Doa's.
"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang."
Atau...
"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lalai(lupa)"
She wrote :
Saya  baca berulang kali sambil muhasabah diri dan ingat mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.

I pun selawat dan baca doa itu berulang kali.

Dalam pada itu juga, I siapkan bekalan makanan untuk ke pejabat. Masak nasi Azfar. Gosok baju I dan En Zairin.

.
.
.
.
.
.

 
Allah Maha Mendengar

Sambil-sambil I pakai tudung dan buka laci untuk cari barang lain, mata terus terpandang cream itu....Alhamdulillah...Syukur...Itu sahaja yang I dapat ucapkan.






ALHAMDULILLAH






 

Thursday, December 13, 2012

Jom Positifkan Minda & Diri....Prof Dr Muhaya

Laman web selalunya ramai yang anggap ia negatif, yela segala benda dihujung jari. Boleh akses apa jua tanpa sempadan. Bila timbul masalah akhlak, curi ke ...macam-macam masalah, mesti nak tuding jari ke laman web. 
Tapi kenapa kita nak salahkan benda yang manusia sendiri cipta dan kawal...benda yang tiada akal fikiran. Kenapa? Ciannn...itu la nasib benda yang tidak bernyawa dan tidak boleh melawan.
 Sekarang ni pokok pangkalnya pada manusia itu sendiri. 
 Kalau positif yang dicari, positiflah ia. Kalau negatif yang dicari, negatiflah ia. Setuju?
I sebenarnya nak berkongsi sebahagian daripada puluhan, malahan ratusan.. ntah-ntah ribuan kata-kata positif daripada Prof Dr Muhaya. Seorang doktor pakar tetapi masih mampu untuk memberi motivasi kepada umum. HEBAT. Seorang insan yang dipilih Allah SWT untuk berdakwah.
Memang dah jadi rutin hampir setiap hari, bukak aje komputer mesti nak baca dulu kata-kata hikmah beliau. Senangkan. Nak harap I bukak buku tiap-tiap hari memang tak dapeklah. Ia seakan memberi semangat dan yang penting peringatan kepada diri I ni yang masih berjuang untuk menjadi insan yang positif. Manusia kan selalu lalai. Jadinya peringatan sesama kita amatlah penting. 
Yang pasti, bersedialah terima teguran.  
Asalnya I mula baca status Wardina Safiyyah dalam facebook melalui official fanpage beliau. Tapi atas sebab-sebab yang I sendiri tak pasti, beliau lebih aktif di twitter saja sekarang. Disebabkan itulah I cari dan cari dan jumpalah Prof Dr Muhaya punya. Memang banyak lagi yang ada, tapi bergantunglah pada diri sendiri lebih senang yang mana kan.Taste masing-masing.
 
Antaranya:
'Apabila kita hilangkan segala kemarahan, dendam benci hidup akan menjadi Indah. Jom lihat diri dan tulis apa emosi kita sekarang.'
 'Lihat umur kita ini penuh kebaikan atau kejahatan. Jom jaga, jangan lalai dengan pujian manusia.'
 'Jika dicuba dgn kesusahan, senang ingat Allah tapi jika di uji dengan kesenangan, ramai dari kita gagal. Jom audit. Jangan kita letih di dunia dan terseksa di akhirat.'
 'Ibadah sebenarnya suatu kesyukuran bukan suatu beban- Jom audit diri kita.'
 'Kaya jiwa penting bukan kaya harta. Tentukan harta kita halal.'
 'Mencari ilmu ugama wajib untuk kita semua.'
 'Kalau nak jadi manusia, ikut sunnah nabi- Dato Zawawi- jom audit diri kita.'
 'Semoga hari ini kita mencari kebaikan dalam setiap situasi dan orang yg kita jumpa. Hentikan membaca berita negatif tentang orang lain. Lihat pada diri dan tahap takwa kita.'
 'Please make correcting ourselves priority and so busy correcting our attitude that we do not have focus on others bad attitude. Choose to see good in others and be in awe at the beauty around us and see how our energy and life change.'
 'Semoga sebelum kita tidur malam ini perasaan dan fikiran tenang dan bahagia serta memaafkan semua orang. Tentukan tiada emosi negatif dan bayangkan yang terbaik untuk kehidupan dunia & akhirat in shaa Allah.'
'Many people have negative self concept. See our life and that is our self concept and image. Start improving it by appreciating ourselves and others and plan our day with enthusiasm and make a positive mental movie of our day today.'
 'Jika kita jaga setiap minit, jam, hari dan minggu urusan Ibadah dan akhlak, in shaa Allah akan Bahagia dunia akhirat. Lihat setiap minit di mana minda dan minat kita. Itulah kehidupan kita.'
 'Never say I try, it is a sign of doubt, say I will, in shaa Allah. Be confident once Allah is with us. Hence be a good practising Muslim, then life is heavenly. Only people with problematic aqidah will have many problems. People with good connection with Allah will have heaven in their heart.'
'Cara kita berbuat sesuatu bergantung kepada cara kita berfikir tentang perkara itu. Oleh itu untuk berjaya kita harus punyai keupayaan untuk berfikir dan bayangkan apa kita mahu dan tidak membiarkan apa yang berlaku di keliling kita mempengaruhi fikiran kita. Adakan imej positif dan bertindak ke arah itu. Jom ubah cara berfikir.'
 
 
 
            

Big Bad Wolf...Tolong Saya Kena Baham.


The Entrance at Mines International Exhibition and Convention Center (MIECC)
 
Sebelum-sebelum ni I tak pernah nak ambik pusing books sale ni sebab selalunya kalau ada warehouse sale atau apa-apa sale yang besar-besar, barang-barang die memang out-dated habis.

Tapi taktaula tahun ni hati macam tebuka untuk tau lebih dan lebih lagi. Baca experience mereka-mereka yang dah pernah pergi ni agak mengujakan...positif aje.

One week before sale, I dah buat list. Masuk website die dan agak terpegun sebab best-best gak buku yang dia offer....bertambahlah semangat nak pergi. Wahhhh seronok-seronok.

I applied for annual leave on the 1st day itself. The day before was the preview passes day.



Sampai-sampai aja...tu dia haihhhh....besaq sungguhhhh. Apa lagi, mulalah diri ini tidak keruan. Padanlah mereka bawak beg baju beroda, troli pasar dan segala jenis beg yang berodalah I nampak. Lesson learned.

Okay tarik nafas panjang-panjang, mulakan dengan bismillah....

Mula-mula I pergi fiction area. Kat situ jer I dah pening, banyak sungguh buku. Tapi I dapat grabbed apa yang I nak. Tu belum pergi children's corner lagi, non-fiction lagi, biography lagi, cooking lagi, motivation lagi.....fuhhhh.

Lepas fiction, I terjah children's corner. Wah sangat teruja lagi. Banyakkkk betul collection dia.




Sambil-sambil pusing dan berpinar biji mata, masih lagi mampu nak recognize kak Farah Rahim, silalah ke blog beliau krupkrup dan pinkgoodness untuk tau lebih lanjut. Yang bestnya 2-3 hari sebelum tu baru start baca blog beliau.
 I ngan terhuyung-hayangnya dari jauh....'Kak Farah Rahim'....hahahaha excited. All I can say is, she is a very nice person.




Ni ha lepas dah sauk-sauk masuk beg, time for sorting pulak, kalau tak nanti ter'over' budget. I sat at one corner...nak cari area yang kosong pun susah,semua bersila-silaan... Mula-mula top up energy dulu, baru otak boleh berfikir.




Hasil baham kali pertama. As u can see, not that much eh. It was because I couldn't carry my beg anymore, I have to drag it on the floor because it was too heavy and my energy level has gone down badly plus my mind was all over the places...too much of input.

Azfar's books.

Mine. I love the recipes in that Italian cook book.

Mine too.

Mine also.


 Hasil kena baham kali ke-2.


Sebab musabab ada kali ke-2 adalah kerana buku Vocabulary Power dan Juices & Smoothies itu.

 Tapinya kalau dah ada kat sana, mana mampu nak balik hanya dengan membeli 2 bijikkkk buku. Itu pun I saja bawak beg takde roda, sebabnya kalau bawak beg roda lagi banyak I angkut...senangkan nak tarik. Jadi kalau beg yang kena angkat sendiri ni, I akan rasa penat dan tak larat...jadi terhad la pengambilan buku-buku. 

Kalau ikutkan hati ni, buku architecture yang takde kena-mengena dalam hidup I ni pun I nak rembat tau...because it is damnnnn cheapppp.


Anyway, I guess all these collections should be able to keep me busy reading for the next 1 year until the next Big Bad Wolf Books Sale. And as for Azfar, there will be no visit to MPH anymore...hehehe unless if you throw tantrums in front of the bookstore.


Okay, a lil bit of calculation here, untuk sedapkan hati,
Total damage for 2x visits = RM 391
Total number of books = 44
Average price for 1 book = RM8.89

Average of number of books a month until the next BBW sale = 4
Average of money spend a month until the next BBW sale = RM32.58


Fuhhhh....cheap..cheap..cheap...investment...investment

Does that means I can go again until it ends on the 23 December????

?????




Thursday, December 6, 2012

Wahh Bestnya...Bos Belanja Makan!

Entry makanan lagi. Tapi kali ni bukan dari Dapur Azila tapi bos belanja makan. 
Kalau orang belanja makan, memang I senyum sampai ke telinga....lagi-lagi buffet. Kalau buffet wajib kosongkan perut sekosong-kosongnya...hehehehe. Jadinya breakfast light saja pagi itu.


Lunch buffet di Terraza Brasserie Grand Dorsett, Subang Jaya. Kami memang sampai on time. Bermakna kamilah yang merasmikan dulu makanan-makanan itu. Foods dia is from international and local cuisine.
 
Got so excited already.


My biggest weakness when I see varieties of food is I got 'rambang mata'. Memangggg rambanggg.....
Ok so I told myself to be relaxed and calmed down. First I'm gonna get myself an appetizer. Then main course. And of course, dessert. 

Enjoy the photos. Tapi takda gambar semua makanan.

Appetizer. Clockwise : Salad, kimchii, beef salad and jellyfish with octopus.


Main course 1. Clockwise : Sushi, mussel, fish with air assam and oyster salad.

Main course 2. Clockwise : Baked snapper with cream sauce, roasted lamb with mushroom sauce and spring roll.

Dessert. Clockwise : Bread pudding with sauce, cream caramel and chocolate mousse.

Coffee or tea? 

Noooo....there's already no space in my stomach. Even for fruits and ice-cream. So I skipped that.


Alhamdulillah.




Wednesday, December 5, 2012

Bali, Indonesia Part 2

 Part 1

Hari kedua, lepas subuh tidur balik rehat-rehat jap. Dalam pukul 9 baru bangun sediakan heavy breakfast dan ready untuk keluar jalan-jalan.

Hari ni aktiviti bebas. Jadi En Zairin plan sewa motorsikal je disebabkan oleh jalannya yang tak sistematik dan trafficnya yang gilaaaa. Sementara menunggu motornya sampai, mari kita bergambar.









Okay, nilah dia motornya. Orang yang paling suka sekali dah tentu Azfar, siap duduk depan lagi..takde helmet pulak tu. Untuk kami adalah.
Halatuju memang tak tau. I kata jom jalan-jalan tengok town.



Baru halfway tetiba Azfar dah melentok-lentok...boleh lelap pulak dia kena angin sepoi-sepoi.
Dahnya terpaksalah bawak duduk in between kami. Satu hal la pulak seat jadi sempit, En Zairin je dah 3/4 ruang...adjust sana adjust sini ehmmm bolehlah tapi cian cik Von I sakit.


Kat mana ni?

Tak tau la.Jangan tanya...kan kami redah jer.

Ada satu benda menarik pasal sistem roundabout kat sini tapi lupa daaa.


Isi minyak jap. Rupenya kat sini untuk motorsikal ada pump khasnya. En Zairin taktau, terus masuk ajela mana-mana pump yang kosong. Tetiba dari jauh,
'Pak..pak..sini ya'

Perjalanan diteruskan.



Penat telan angin dan sedut asap kenderaan, perut pun jadi lapar. Nampak pulak McDonald's. Mula-mula En Zairin risau, halal ke tak. I kata kat Indonesia mestilah halal sebab majoriti Islam.
Masuk dalam I check dulu, ada pun halal certification nya.

I order jugak teh botol ni sebab heboh katanya kalau pergi Indonesia mesti try. Ingatkan sedap sangatlah, rasa cam green tea aje punnn.



Azfar memang suka la sebab sejuk. Berebut ngan I...terpaksa order lagi satu.

Lepas makan, kami memang tak tau nak kemana. Sambil jalan nampak signboard Tanah Lot. 

I : 'Dekat ke Tanah Lot ni? Kalau dekat jomla pergi sekarang. Takyah kita pergi ngan supir esok'
 En Zairin : 'Entahlah, tanya orang jap'

Masa kat traffic light En Zairin bertanya. Katanya dalam 20 minit jer. 
Si X : 'Pak terus saja, lepas tuh ke kanan. Jumpa lampu isyarat ke kiri dan terus saja ya'

I : 'Dekat jela ye..jom...jom'

Jalan punye jalan tak jugak jumpe jalan nya. Walaupun ikut signboard tapi cam hampeh jer direction dia. Sambil-sambil itu pun En Zairin tanya jugak orang tapi very confusing betul. 
 Last-last jumpe satu mamat ni, katanya dia pun nak ke arah sana, ke rumah saudara katanya. Jadi ikut saja dia.

Jauhnya ya ampunnnn...naik kematu cik Von I tau. Turun naik bukit. Dengan signboard takleh pakai. Dalam sejam lebih baru sampai.

Haaa...tu diaaaaa. Basically they have a lot of temples here. Bali majoritikan Hindu.
Masuk kena bayar ye. Opss lupa, nak masuk parking tadi pun kena bayar...walaupun motor aja.



All the way from the entrance up to this area, they have shoplots that sells various of souveniers. Bags, t-shirts, dresses, vases, keychains (mostly 18SX)...  you just name it. And its cheappppp but please bargain...bargain....and bargain.
The large mengkuang bag that cost about RM 40-50 in Malaysia, here you can get about RM 10-15 onlyyyy!!!
Tapi bila mengenangkan naik motor, ehmmm...beli ala kadar je.






Renyai-renyai dan sejuk. Terpukau dengan laut dan deruan ombaknya. Nyaman dan segar sekali ya.









Ramai pulak la yang bertenggek kat hujung tu. Memang dorang dok melangut je. Nak bergambar pun payah.



Dari puncak, kena panjat skit. Penat tapi gagahkan jua diri ini.







View semak-samun je yang lebih.

Kami tak dapat nak lepak lama-lama pun sebab cuaca mendung macam nak hujan lebat...naik motorkan. Posing sana posing sini sikit, tukar diaper Azfar terus balik.

Tapi on the way balik cuaca cantik je.Ahamdulillah.
 Semakin jauh dari Tanah Lot, semakin panas pulak. Dan yang syoknye jalan pulang sekejap je. Inilah sebenarnya jalan yang sepatutnya 20 minit dah sampai. Memang betul lah, cuma makhluk Allah SWT tu yang bagi direction weng punya.

Penat-penat, balik terus rehat.


To be continued, Part 3.