Weekend lepas (cuti Krismas hari Isnin malam Selasa), pergi jalan-jalan cari makan dengan keluarga sebelah En Zairin. Ada orang belanja, biras I,Nurul Shazwani namanya. Termasuk yang ni dah 2 kali kami makan kat area Jeram ni, rasanya dalam tahun lepas tapi tempat yang lain..*saling menyebelahi pun restoran2nya*....
*Tahun lepas kat sini Medan Ikan Bakar Pantai Jeram, adik En Zairin belanje, Izwan Shah*
Yang ni xde tangkap2 gambar bagai sebab masa 1st time datang terasa sangat jauhnye tempat ni, sampai2 memang dah xde mood sangat nak click2 camera.
Kali ni di Aroma Ikan Bakar Jeram, dan lebih ramai ahli keluarga sebab biras I ajak family adik dan makcik dia jugak. Lebih kurang dalam 13 orang dewasa. Dalam pukul 6 kami sampai, dan umanghai, full house betul..*ingatkan xdela ramai sangat sebab esok keje pun kan*..tapi jangan panik, tempahan meja dah dibuat awal-awal dan kami dapat kat betul-betul tepi laut. Apa lagi En Zairin pun terus la bawak Azfar yang masih mamai dari tidur rasa air laut..*kalo x silap, ni 1st time Azfar ke laut la*...oooo ciannye anak kami sedikit jakun.
At the same time my MIL is still queuing to choose the seafood and I decided to take a look. I can see that she took 'ikan pari', 'ikan bawal hitam' besar punya, and 'ikan siakap' semua 2 ekor setiap satu. And as I waited at the end of the counter, near me is the prawn and there are 2 sizes, A and B. So I ask my MIL, "Mama kita nak amik udang yang besar ke yang kecik?" and she replied, "Amik yang besar ni", and I was like, hmmmm bestnye coz the prawn was like huge, ni bukan udang kepala je besar tapi badan kecik ye, tapi udang yang badan besar. Then while choosing i ask again, "Mama, nak amik bape ekor ni? and she replied, "Amik je banyak-banyak, tauke besar bayar" .....hahahahaha bestla mak mertua I ni. I pun ape lagi kaut, kaut dan kaut la.
Habis pilih dalam pukul 6.45pm. Nak menunggu makanan siapla yang paling I tak suke, dahla tempat duduk kami tu takde kipas, panas betul,angin seciput pun xde dan ini semua telah merangsang kelenjar peluh I untuk lebih aktif dan aktif lagi....fuhhh. Azfar pulak dah menunjukkan rasa kurang selesa dan mulalah x reti dok diam dan semuanya serba tak kene....aishhhh. Pundi kencing ni pulak sekarangla dia nak melompat-melompat, dan untuk I nak pergi ke public toilet dia,mintak maap la ye, selagi boleh tahan, I tahan, pedulila orang kata kena batu karang ke ape ke bukan selalu pun, sebabnya dengan lautan manusia yang ada kat situ tuh, almaklumla dengan keadaan toilet die ye. Ini Malaysia ok.
Pukul 8.30pm barulah makanan sampai, bukan serentak tapi satuuu....satuuu....satuuuu, jadilah daripada dapat makan pukul 9.30pm. Unfortunately I didn't manage to snap photo of all the foods coz Azfar was grumbling all the way. Only these.....
*buttered prawn size A*
*sotong goreng tepung*
*tomyam campur*
List of foods variety that we actually ordered:
1. Ikan pari bakar - 3 pinggan (setiap satu anggaran untuk 3 org makan
2. Ikan bawal (besar) 3 rasa - 2 ekor (setiap ekor anggaran untuk 4 org makan
3. Ikan siakap stim - 2 ekor (setiap ekor anggaran untuk 4 org makan
4. Udang size A goreng butter - 4 pinggan (setiap satu ada dalam anggaran 10-12 ekor
5. Sotong goreng tepung - 4 pinggan (setiap satu anggaran untuk 4 org makan
6. Tomyam campur - 4 mangkuk (setiap satu anggaran untuk 3 org makan)
7. Kailan ikan masin - 4 pinggan (setiap satu anggaran untuk 3 org makan
8. Air - 3 jug watermelon juice dan 3 jug orange juice
Ketam habis sudah, kalau tak ada dah dalam list nih.
Komen:
1.Harga ~ aaaamatlah berpatutan (kat restoran satu lagi pun)....berbaloi-baloi
2.Masakan ~ tak berapa kicklah tomyam dan ikan 3 rasa
3.Servis ~ 1/10...sorry itulah realitinya. Harapan dari pihak kami, mudah-mudahan akan ada peningkatan.