Raya tahun ni, geng Assunta sepakat kumpul kat rumah aku..hmmm....maaf ye, rumah parents aku,sambil-sambil potluck. Jadi awal-awal lagi dah set tarikhnya iaitu pada 2 September....semua okay. Aku pun dalam pale otak dah macam-macam pikir menu nak dihidangkan. Yela tuan rumah mestilah sediakan main dish nye.
Fikir punye fikir, nak masak laksa johor, nasi daging+air asam+dalca dan kepak ayam madu, dessertnye oreomisu. Confirmed!! Padahal bukannya ramai sangat pun. Termasuk aku dan En Zairin, adalah 8 orang dewasa. Alih-alih, aku offerlah En Zairin untuk ajak geng2 Kuala Klawang a.k.a geng2 lepak die. Campur yang tuh pun dalam 3 orang jer yang confirmed. Oklah tuh, kang kalau ramai sangat patah pinggang nak masak. Nak mengemas lagi.
Akan tetapi, kita hanya mampu merancang dan yang menentukan terjadinya ataupun tidak, hanyalah Allah SWT.
Sebabnya, 29 Ogos Azfar kena admit kat DEMC due to high fever yang tak surut-surut dari hari Ahad malam. 38...39....38....39. Semestinyalah perasaan panik aku menunjukkan tindakbalas yang luar biasa. Lepas dah cucuk ngan antibiotik, demamnya pun okay.
Hatiku pun berseri-seri lah dengan harapan dapat keluar hospital hari Jumaat. Maklumlah kan hari cuti jadi jadual beraya memang padat. Lagipun nak pergi pasar beli barang-barang nak masak untuk hari ahad.
Demam dah ok..batuk plak belom. |
Mimpi tinggal mimpi, doktor lagi prefer nak lepaskan hari sabtu. Takpelah, kesihatan anak lagi penting. Tapi dalam pada tu, aku lari-lari lah jap keluar gi beli barang sikit-sikit, En Zairin pulak jaga anak.
Ketentuan Allah SWT juga, Jumaat malam tuh aku pulak rasa tak sedap badan. Sabtu pagi gagah lagi pergi beli barang-barang yang tak cukup-cukup lagi. Pastuh lari balik ke hospital untuk settlekan segala urusan.
Dekat 2.30 petang sampai rumah, tapi aku masa tuh memang dah tak larat langsung, menggigil satu badan. Check temperature....mak aiiii 38.5....demamlah tuh.
Dekat 2.30 petang sampai rumah, tapi aku masa tuh memang dah tak larat langsung, menggigil satu badan. Check temperature....mak aiiii 38.5....demamlah tuh.
Bila malam pun tak surut-surut, En Zairin n mak aku suruh cancel jer makan-makan sok. But me being me...degil...aku cakap tengoklah dulu sok pagi kalau tak elok jugak baru cancel.
Malam tuh mandi basah rambut kasi itu suhu turun, telan panadol, pakai sweater n stoking, selubung lagi ngan comforter dan tido dalam bilik tak pasang air-cond or kipas sorang-sorang.
Pukul 4 pagi terjaga badan rasa ok dan kepala pun ringan skit, rasa macam nak cancel plan tapi takper rendam daging dan ayam dulu. Pastuh sambung tidur sampai pukul 6.30 pagi. Masa nih memang rasa sihat betul. Maka tak jadilah cancel plan. Akan tetapi menu yang di'plan', tak semua mampuku masak.
Jadi menu yang paling senang ialah Nasi Daging+air asam+dalca dan kepak ayam madu. Tapi dalca mak masak.
NASI DAGING
Memang tak larat nak ambik-ambik gambar, jadi bila dah tinggal sikit baru terhegeh-hegeh. Hasilnya gambar tak berapa menyelerakan. Gambar dalca dan air asam pun tak snap, pandai-pandailah google ye.

Gambar nasi senduk terakhir |
Memang tak larat nak ambik-ambik gambar, jadi bila dah tinggal sikit baru terhegeh-hegeh. Hasilnya gambar tak berapa menyelerakan. Gambar dalca dan air asam pun tak snap, pandai-pandailah google ye.
Resepi ikhsan dari Secubit Garam.
Untuk hidangan 4 orang.
Bahan A:
3 pot kecil beras basmathi ( rendam selama 3 jam)
250g daging batang pinang (daging biasa pun boleh tapi jenuh ler nak nunggu nyer)
2 sb rempah kurma (jadikan pes)
1 sb tomato puree
80 ml susu cair
2 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
1 sb minyak sapi
1 sk gula
garam secukupnya
Bahan B:
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sk jintan manis
kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (agak-agak ye)
1 batang serai diketuk.
Cara-cara:
1. Tumis bahan B hingga wangi.
2. Masukkkan pes kurma dan tomato puree dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau biar sebati dan masukkan air yang secukupnya untuk empukkan daging.
4. Bila daging dah empuk, masukkan beras, susu cair dan daun limau purut.
5. Sukatan air untuk masak nasi agak-agaklah ye.
Dah masak, hidangkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng...fuhhh pasti terangkat.
Air Asam:
3 biji bawang merah (hiris or dadu, suke hati)
1/2 labu bawang besar (hiris or dadu, suke hati)
10 biji cili padi ( nak lagi 'kick' letak lebih)
2 tangkai cili merah (hiris)
1 cawan air asam jawa
garam
gula
jus limau kasturi
sedikit belacan yang dibakar
Cara-cara:
Campur semua bahan dan adjustlah rasa masam, manis, masin ikut tekak masing-masing.
KEPAK AYAM MADU
Kalo beli kat luar kemain mahal lagi harga ko kan. |
Bahan-bahan perapan diolah sendiri ikut tekak aku.
1 kilo kepak ayam (potong 2 lagi best)
1 inci halia (tumbuk halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
2 sb kicap manis
1 sb kicap masin
1 sk kicap pekat
2 sb madu
2 sb gula perang
1 sb minyak bijan
sedikit garam
Cara-cara:
1. Gaul semua bahan. Perap semalaman sebelum bakar lagi best rasanya.
2. Bungkus ayam dengan aluminium foil dan letak atas dulang pembakar. Bakar pada 170 degree celcius untuk lebih kurang 20min. Kemudian bukak permukaan atas aluminium foil dan bakar lagi untuk 7-10min untuk dapatkan rupe terbako pada kulit ayam tuh, baru nampak menyelerakan.
P/S: Tekak memang tak dapat rasa makanan dengan betul, jadi harapkan mak untuk jadi tukang rasa. Mak kata ok, ok lah. Risau jugak nasi tak jadi sebab first try tapi Alhamdulillah ramai yang kata ok dan nasi pun habis. Jadi marilah cube beramai-ramai.
No comments:
Post a Comment