Friday, August 24, 2012

Makanan & Kuih-Muih Hari Raya


Okay, kali ini mari kita layan gambar makanan-makanan yang wajib ada di pagi raya. 

Dialog antara saya dan mak seminggu sebelum raya.
'Mak, rendang jangan lupe'
'Emmm...tengoklah kalo sempat.Dahlah dapur besar dah rosak. Malaslah'
'Huhhh???...tidakkkkk'
'Takper, nanti adik dengan angah buat. Mak tunjuk jer.

Sehari sebelum raya. Lepas sahur tidur balik. Bangun-bangun jer jam dah pukul 10 lebih..umangai..habislah kene leter.

Masuk dapur.
'Ha nah tengokkan rendang ni. Kacau betul-betul sampai kering, jangan bagi hangus'

Hehehe...selamat tak kena leter. Maklumlah janji jer lebih. Tu ler kan, mak-mak kita nih kekadang kata tak kuasa nak buatlah malas nak buatlah, tapi bila anak-anak dah sebut, penat macam mana pun mesti ditunaikan. Terima kasih mak...we lap u.


Ghondang Ayam in the making.
 Gilir-gilir kacau ngan angah. Yon tak aci, datang lambat...ngelat.

Ketupat nasi in the making
 Ni angah isikan berasnya.


Ketupat nasi, lemang dan ketupat daun pisang.
 Ketupat dah masak. Lemang ayah buat dengan sedara kat Kundang. Sedap jugak.


Lemang yang dibakar di Kundang
 Bahagian atas tuh yang jadi rebutan. Kelemakannya yang enak sekali.


Lemang yang menjadi rebutan anak-anak buah.

 
Ketupat nasi
 2 jenis ketupat nasi - daun kelapa & daun pisang (MIL bagi)


Kari Ayam
 Kari ayam ni wajib saya buat. Kalau takkkk....ada orang naik hangin satu badan di pagi raya yang indah. En Zairin ler tuh...makan ketupat nasi & kari ayam, tapi katanya kari ayam nih terlebih pekat.
Hmmm....tak kena selera lagi.


Kuah Kacang
 Dimport dari Kg Sri Aman Puchong. Pemberian mak mertua I ler.


Ghondang ayam
 Nilah ghondang ayam eh. Ghondang nogori tauuu. Ekau ado?




Menu wajib
Inilah dia semua menu-menu yang ada. Tak perlu pelbagai makanan, asalkan yang wajibnya ada.


Ghondang hitam makngah podeh.
Inilah rendang hitam terbaik dalam hidup saya setakat nih. Rasanya dah dekat 3-4 tahun tak dapat rasa rendang ni. Tahun ni...Alhamdulillahhh dapat jugak walaupun balik raya kat kampung raya ke-3.


Peanut Butter cookies - Mine

Saya punyer peanut butter cookies jadi rebutan anak-anak sedara. Daripada 2 setengah balang, masuk raya ke-3 habis licin...yang terlebih bakar pun habih dikojokan. 
'Bagus ler, hilang penat uchu buat'


German cookies - Mine


Melt in your mouth, not in your hand. Itulah biskut nyer.


Tart nenas Kak Ruby
 Tart nenas yang tiada tandingan. Dari inti ke pastri, semuanya sedap dan cukup rasa.
Dulu mak memang ambik order, tapi lepas dah jaga cucu tak dapek la laie. Tapi orang tetap mencari-cari. Mak buat sikit-sikit jer...selected regular customers jer yang dapat order.

 
Almond slice Kak Ruby


Rasa dah okay, cuma bila potong ada yang hancur dan ada yang selamat.

 
Biskut badam Kak Ruby
 Salah satu biskut yang Azfar suka mintak. Tapi dimakan kacang nyer ajer.






No comments:

Post a Comment