Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Life is Beautiful.

Actually I wrote this as note in Facebook. And I would like to share it here.


Newly-wed couple (including us 3 years back) when being asked, 'Best tak kahwin?' or 'Ok ke semua?', the common answers for sure will be....'Best gilerrrrr'....'Yesssssla of course' (nada gatal gitu).....especially to those who just came back from honeymoon trip and of course still in honeymoon mood (including us too) ....hahaha.
Sun shining.....stars twinkling....flowers blooming everywhere....I love You, You love Me being mentioned every seconds, you know that kind of feelings.

But as time goes by, from only two persons living in a house, than it becoming three, four and so on. That is when the REAL CHALLENGES will come and say 'Hi'......and in a spilt second you can see the REAL person of who your partner is. It can be seen in every angle...hehehe...

BUTTTT, please bear in mind, without CHALLENGES, life would be boring, stagnant or invaluable because married life is all about FAMILY and RESPONSIBILITIES without being paid any single cent.

And remember, as a muslim we have ALLAH SWT. Protect our relationship with ALLAH and ALLAH will protect us. In Shaa Allah.

After all, we need to support each other through thick and thin. Embrace every moment together with our significant other and we will find the happiness that cannot be changed with anything else. You would not know the feelings until you experience it.

To those who are still single, correct your 'niat' and pray to ALLAH SWT to send you your other half.


p/s : I wrote this without any intention to put negative thoughts about married life. Neither complaining about my life nor saying bad about other's life. All this came from the bottom of my heart and each one of us has different points of view.

Syukur Alhamdulillah, my husband and I are happy together with the presence of 'Ahli Syurga',
Muhammad Azfar.
Every single day, I would pray to ALLAH SWT to protect us as a family. Thank You ALLAH.



Truely,
Azilawati bt Mohammed Kamil a wife to Zairin Shah b Ahmad Suhaimi and a mother to Muhammad Azfar b Zairin Shah.





p/s :1. Instead of using the word problem, I prefer to use the word challenge.
       2. Sorry if there are any grammer mistakes. Anyone is welcome to correct me.





Thursday, October 11, 2012

Kisah 1 tahun & 2 tahun

Setakat hari ni, dah 2x Azfar masuk wad sepital sebab demam panas tak kebah-kebah walau apa pun yang aku buat. Termasuklah lumur ngan air asam jawa...isk..isk..isk, teringat zaman kecik-kecik dulu mak suka buat gitu, I don't like at all.

Azfar pun sama tak sukenya.


1. Kisah Rambut Kinting

1 tahun 2 bulan
Rambut tengah panjang. Masa ni dah hari ke 4 atau ke 5 demam. Memang dah confirm kena tahan wad, jadi sebelum jumpe Dr Koshy, potong rambut dulu.




2 tahun 4 bulan
Sehari sebelum demam. Masa ni rambut tengah panjang jugak sebab atuk mi (atuk puchong) suke tengok kinting tuh.....yolah.

3 hari kemudian, demam pun tak surut-surut, jumpa Dr Koshy dan dia suruh masuk wad. Kami redha demi kesihatan Muhammad Azfar.

Jadi sebelum kami pergi kasi potong sama itu rambut.



2. Kisah di Wad

1 tahun 2 bulan
Masa ni pertama kali tengok anak dalam keadaan camni. Tersentuh betul naluri keibuan aku.

Azfar pun nampak sakitnya dan tak ceria. Tak bebas sebab tiub itu.



2 tahun 4 bulan
Masa ni agak relax sebab walaupun Azfar demam tapi mood agak ceria, tak nampak lembik. Mungkin sebab Azfar dah besar skit, dah boleh jalan dan lari sana sini.

Lagipun takde tiub drip yang kena pasang, bebas sikit rasanya.



3. Kisah menghabiskan waktu lapang 

1 tahun 2 bulan
Masa umur ni memang terasa penatnya duk hospital sebab budak kecik ni nak berdukung ajer.

Dahlah masa nak tido, tak kisahlah siang ke malam ke, wajib bergayut dan melekat ngan aku.

Masa celik pun nak melekap gak. Ajak jalan-jalan. Tugasan ni abahnya amik alih pulak ye. Kalau tak bengkok pinggang aku.






2 tahun 4 bulan
Masa ni memang dah hebat berjalan dan berlari. Tido pun kadang-kadang lena sendiri, takdelah all the time nak bergayut kan.

I pun lega skit. Tapinya nak kuar bilik sokmo.


Panjang lak tuh langkah nye. Tawaf satu hospital, luar dan dalam.






Itulah kisahnya pada 1 tahun dan 2 tahun.

Harapan semoga tiada kisah yang sama pada 3 tahun kelak...InsyaAllah.


Bukan nak mengeluh, cuma biarlah si anak kecil ni sihat selalu. Kalau jatuh sakit pun tidak terlalu serius.






Friday, December 17, 2010

Kehebatan Seorang Ibu....

*Entry taken from sarakids blog. Very touching and it makes me realize that a mother's love is irreplaceable.



Ibu tetap Ibu.

Ibu.. ibu…

Anda tak kan dpt balas 100% jasa ibu sepenuhnya. Takkan terbalas.

Begitu juga dgn anak2 kita. Mereka takkan boleh buat seperti apa yang kita dah buat pd mereka bila mereka dewasa nanti. Kerana kitajuga tak dpt buat apa yang ibu kita buat/berkorban pd kita dahulu.

Saya menerima pelbagai email setiap hari. Berbagai kisah.

Terusik hati dgn satu email dari Cik/Puan Nisa Hashim:

salam farah. saya ingin berkongsi tentang cerita ank buah saya yg br berusia 2 minggu. bb ini disyaki mengidap Edward Syndrome berdasarkn keadaan fizikal dan saiznya yg kecil. beratnya hanya 2.04 da skrang ini menurun kpd 1.8kg.sejak awaln tahun ini sy jd silent reader blog farah dan sgt teruja dgn penyusuan susu ibu. so, sy bg semangat kpd kakak sy untuk hanya memberi susu ibu pd anknya. sy percaya kepada susu ibu sepenuhnya & berharap penawar penyakitnya ada pd susu ibunya. sungguh terharu bila kakak sy menyambut baik saranan saya. awal minggu pertama semasa berada di hospital kakak saya memerah susunya hanya dengan tangan sehingga ke dua-dua payudaranya melecet. sanggup tdk tidur hanya kerana ingin memberikn yg terbaik buat si ank yg telah di nanti selama 6 tahun. ini ank kakak sy yg pertama. hati ibu mana yg x luluh bile ank yg dinanti-nantikan dikatakan hanya dpt bertahan utk setahun shj.tetapin kami percaya kuasa Allah mengatasi segalanya. jadi kami berusaha utk memberikn yg terbaik buatnya.

Alhamdulillah minggu lalu bb dah dapat keluar dan bersama keluarganya di rumah. tp bb masih blm dapat menyusu direct. saiz mulutnya sgt kecil sdg kan breast kakak sy agak besar. sy bg semangat utk kakak sy sentiasa cuba buat direct breastfeed kerana sy pernah terbc yg farah ckp bb boleh latch secara semulajadi. setakat ini bb hanya minum melalui picagari atau menggunakan cup. bb ni hanya tidur sahaja & tdk sama dgn bb lain yg normal. perlu dikejutkan semasa menyusu.

mlm td saya dpt tahu bb ni terpaksa dimasukkn ke wad balik sbb bacaan jaundice nya tinggi. katanya sampai 21. sedih sgt bile sy dapat tahu sbb sy tengok kulitnya dah teruk sbb sbm ni da seminggu di hospital di bwh lampu. ms mula2 balik mak sy kt bb nampak mcm ‘kain buruk’. tejelepuk je x bermaya. da seminggu di bela di rumah bb da nampak makin ‘berseri’. tp tatau la cemana bile da kene masuk wad balik ni.sungguh sy sediih…


Inilah si kecil yang sangat2 istimewa kerana di beri susu ibu melalui cawan walaupun mengalami masalah. Anak, kami semua mendoakan kesihatanmu.

Ibu itu tidak akan pernah mengalah. Tidak akan pernah kenal erti putus asa walaupun beliau bukan seorang yang kuat. Tetapi, bila gelaran ibu sudah ada, semuanya berubah. Berubah.

Ibu akan berbuat apa sahaja. Bangun 3 pagi? Tak tidur semalaman dek kena memerah susu utk hari esok? Bisa. Ibu bisa buat.
Sejak dari dalam kandungan, ibu sanggup ke kelas penyusuan. Sanggup mendalami ilmu demi anak tersayang. Gambar: Kelas Penyusuan susu ibu di Sarakids sabtu lepas.
p/s: Terharu dgn kehadiran kak diyana yang sanggup bawa adiknya yang kurang upaya (tidak boleh bercakap dan mendengar) dan sedang mengandung 8 bulan. Kak diyana mahu sangat adiknya menyusukan anaknya wpun ibunya kurang upaya. kak diyana jadi jurubahasa isyarat pada hari tersebut semasa saya sedang memberi ceramah penyusuan. Terima kasih kak, Allah pasti ada ganjaran utk akak kerana sanggup berkorban utk adik tersayang.

Kanan sekali, Puan Fiza yang kisahnya saya telah paparkan di blog ini (sila klik) satu ketika dulu. Beliau menyusukan anak angkatnya sehingga kini, dan Alhamdulillah, berkat menjaga, menyusu dan membela anak angkat tanpa berbelah bagi, beliau mengandungkan anak sulung 8 bulan sekarang. Ya Allah, indahnya aturanMu. Fiza, jaga diri baik2.

Ibu. saya bangga menjadi ibu. walau tak pasti bagaimana anak2 saya akan ‘menjaga’ ibu ini nnti bila tua, bila sudah tidak bergigi, bila sudah buang air besar merata dan bila sudah tak betah berjalan, tapi saya bertuah di pilih menjadi ibu dan mahu menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Dan, sebolehnya saya mahu balas jasa mama saya yang telah bersusah payah membesarkan saya dan adik2. Ya, saya tahu saya takkan boleh jadi seperti apa yang dia buat pada saya dari saya lahir hingga kini, tetapi, saya sangat sayangkan dia dan sanggup buat apa saja utk mama. Saya tahu dia baca entry saya setiap hari dan menyelami apa yang saya rasa setiap hari. I love u so much, mama.

Ibu, mummy, mama, mak, umi, bonda- apa pun gelaran- anda mmg kuat dan hebat.

Bila jadi ibu, sesibuk manapun saya, saya takkan pernah lupa yang saya telah jadi ibu. Saya mungkin boleh lupa sebentar yang saya seorang kawan, seorang majikan, tetapi saya tidak akan boleh lupa yang saya adalah seorang IBU kepada 3 anak yang dikurniakan Allah.

p/s: Entry hari ini sangat IBU dan penuh emosi. Kalian yang telah berkongsi cerita dalam email dgn saya, TERIMA KASIH kerana kadang2 anda menyedarkan saya yang tidak semua org bertuah dan ada insan yang lebih malang tetapi TERPILIH dan KUAT.

Bangkitlah, ibu yang sedang dalam kemurungan dan kesedihan. Anda masih bertuah kerana ada insan yang memanggil anda IBU. Bangkit dari putus asa dan kesedihanmu. Sapulah air mata mu kembali bersemangat menyusukan, mendidik dan membelai anak-anakmu. Allah ada. Dan sentiasa ada.

Allah Maha Besar. Allahuakbar!




P/S: Ada few sentences n gambar yang i x publish kat cni. Kalo nak baca yang full, pls go to www.sarakids.com/blog/