Patutnya nama yang diberi ialah Puding Trifle Taibah Qistina. Suke sangat anak buah aku tuh ngan Trifle ni. In detail aku bagi cara-cara nak buatnya kat kakak aku.
Raya tahun ni beriya aku buat dessert ni....sebabnya, dessert paling senang nak buat.
1. Untuk base gunalah swiss roll flavor vanilla/coklat/strawberri. Untuk dapat sebanyak tuh dalam 1 1/2 roll dah cukup. Potonglah dalam 1.5-2.0 cm tebal dan susun.
2. Lapisan seterusnya mix fruit. Letak sekali nata de coco, sedap skit rasanya. Sebelum taburkan buah, lembapkan skit kek ngan jus buah itu ye.
3. Nanti dapat camni.
4. Lapisan kastard (refer sini pun boleh)
400ml susu cair (1 tin)
200ml air
4 biji kuning telur
5-6 sudu bsr gula ( ikut suka nak manis mana)
4 sudu bsr tepung kastard
1.5-2 sudu kecil esen vanilla
5. Satukan semua bahan kecuali esen vanilla. Masak atas api yang sederhana. Agak-agak dah nak likat, masukkan esen vanilla.
6. Ratakan untuk lapisan yang ketiga.
7. Lapisan Jelly.
2 kotak jelly, strawberri/rasberri + oren( seperti gambar dibawah)
2 cawan air + 1 cawan air buah tadi.
Masaklah sampai dah sebati ngan air ( sekejap jer)
8. Tunggu sejuk skit(jangan lama sangat, nanti berketul), tuang atas lapisan kastard tadi.
Masuk dalam fridge untuk sejukkan.
Masuk dalam fridge untuk sejukkan.
Siap!! Boleh makan
No comments:
Post a Comment