Saturday, August 11, 2012

Pencarian bermula......

Memang dari awal lagi dah pasang niat kalau ada rezeki lebih nak hantar Muhammad Azfar ke 'Playschool' bila umurnya masuk 3 tahun. Dari awal tahun saya dah cari dalam internet dan senaraikan 'playschool2' yang ada kat area Shah Alam, lebih spesifik lagi dalam 3-4 km jaraknya dari seksyen 10. Bukan apo, sonang atuk ngan uwan eh nak poie kalau ado apo-apo hal..ha kan dah speaking nogori dah.

Memang tak dinafikan terdapat banyak 'playschool' atau 'preschool' diluar sana. Tetapi takkan nak pakai terjah jer bila nak hantar anakkan. Selidik-selidik la dulu dengan mengambil kira beberapa faktor yang kita rasa relevan. Pada saya tak semestinya yang murah itu tak bagus dan yang mahal itu bagus. Lagi satu bergantung kepada perkembangan dan kemampuan si kecil.

Antara senarai-senarai 'playschool' yang saya ada:
1. Tadika Tazkiroh Seksyen 2
5. Smart Reader Kids Seksyen 3 & 9

Dan antara faktor-faktor yang saya tekankan:
1. Tanggungjawab sebagai Ibu Bapa.
2. 'Input'.
3. Tenaga Pengajar.
4. Kemampuan.
5. Makanan & Minuman.
6. Persekitaran.



1. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI IBU BAPA

Sebaik sahaja anak kita lahir kat dunia ini, ia merupakan amanah yang paling berharga yang diberikan oleh Allah SWT untuk ibubapa membentuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan juga akhirat. Ingat ye AKHIRAT juga. Anak-anak kita ni kan ibarat kain putih yang suci dan bersih, ibubapa lah yang dipertanggungjawabkan untuk mencorakkan kain tersebut.

Zaman sekarang ni memang kebanyakan ibubapa mampu memberikan didikan dan pendidikan yang sempurna tetapi mereka lebih mementingkan kejayaan di dunia, mereka terlalu agungkan duniawi. Contohnya sesetengah mentaliti masyarakat kita yang suka mengukur kejayaan seseorang berdasarkan kebendaan. Asal pakai kereta besar, duduk rumah mewah, pakai berjenama dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, berjawatan tinggi pasti dikatakan sudah berjaya...maka kata nasihat seperti contohilah mereka ini, belajar rajin-rajin tau, nanti bila ada banyak duit senang...maksudnya disini dari kecil dah disogokkan tujuan belajar pandai-pandai adalah untuk dapat duit yang banyak.

Bagi pendapat saya lagi elok jika ibubapa agungkan seseorang yang tinggi ilmu agamanya, ilmu pengetahuannya, budi pekerti disamping sumbangan atau khidmat yang diberikan kepada masyarakat untuk kebaikan dunia akhirat.

'Waktu kecil, kitalah sumber pahala ibu ayah kerana membesar dan mendidik kita dengan penuh kasih sayang. Ketika dewasa, jangan pula kita menjadi racun yang mencemarkan pahala ibu ayah kerana bersikap buruk, membuka aurat dan hidup dalam amalan dosa setiap hari' - Wan Muhd Ali (WanMA)

TADIKA TAZKIROH, Surau Seksyen 2 Shah Alam.












2.' INPUT'
Semasa mengandungkan Muhammad Azfar, saya memang dah berkira-kira untuk memberi yang terbaik kepada buah hatiku itu.Terbaik dalam segala segi. Tapi bagi saya, ilmu haruslah didahulukan. Saya nak sayalah yang pertama memberi dan mengenalkan dia dengan ilmu. Tetapi saya akui, tidak semua perkara saya mampu buat dalam satu masa. Tiada konsistensi disitu. Berilmu tidak semestinya dapat A dalam semua subjek ye. Dan yang saya amat tekankan disini adalah ilmu akhirat. Sudah semestinya saya perlukan bantuan oleh itu saya akan hantar Azfar ke sekolah yang mampu berikan 'input' seperti yang diinginkan.


3. TENAGA PENGAJAR
Dah tentu saya nak elakkan yang 'Sekadar melepaskan batuk di tangga', mengajar bukan dari hati...yelah ngajar budak-budakkan menuntut kesabaran yang amat tinggi melangit. Kalau tak ikhlas, tuh yang nak marah jer.

4. KEMAMPUAN
Yang pasti semuanya bergantung pada kemampuan. Kalau mampu untuk shopping barang-barang 'branded', pakai kereta mahal, makan angin sana sini, apalah salahnya kalo 'invest' lebih skit untuk perkara yang lebih mulia....insyaAllah bekalan untuk di akhirat jugak nanti tuh.

5. MAKANAN & MINUMAN
Apa yang kita makan melambangkan keperibadian kita.Siapa yang menyediakan makanan itu dan dari mana sumbernya...halal ke tidak.

6. PERSEKITARAN
 Selesa & selamat. Tidak semestinya kena ber'aircond' bagai, carpet setebal 2 inci. Asalkan budak boleh bergerak bebas.


BRAINY BUNCH ISLAMIC MONTESSORI, Seksyen 3 Shah Alam

Tingkat bawah


Kantin

Kakak-kakak, bebaik ye turun tangga


Outdoor class. 
*Belakang tirai kuning tuh ada swimming pool. Sape yang ambik full day, included la dalam package.


The building



Perbezaan between the 2 places.
- Tadika tazkiroh tak ada specifik aktiviti untuk kanak-kanak 3 tahun.
- Yang lain lebih kurang saja tapi monthly and annual fee dia memang affordable.










2 comments: