Ibu tetap Ibu.
Ibu.. ibu…
Anda tak kan dpt balas 100% jasa ibu sepenuhnya. Takkan terbalas.
Begitu juga dgn anak2 kita. Mereka takkan boleh buat seperti apa yang kita dah buat pd mereka bila mereka dewasa nanti. Kerana kitajuga tak dpt buat apa yang ibu kita buat/berkorban pd kita dahulu.
Saya menerima pelbagai email setiap hari. Berbagai kisah.
Terusik hati dgn satu email dari Cik/Puan Nisa Hashim:
salam farah. saya ingin berkongsi tentang cerita ank buah saya yg br berusia 2 minggu. bb ini disyaki mengidap Edward Syndrome berdasarkn keadaan fizikal dan saiznya yg kecil. beratnya hanya 2.04 da skrang ini menurun kpd 1.8kg.sejak awaln tahun ini sy jd silent reader blog farah dan sgt teruja dgn penyusuan susu ibu. so, sy bg semangat kpd kakak sy untuk hanya memberi susu ibu pd anknya. sy percaya kepada susu ibu sepenuhnya & berharap penawar penyakitnya ada pd susu ibunya. sungguh terharu bila kakak sy menyambut baik saranan saya. awal minggu pertama semasa berada di hospital kakak saya memerah susunya hanya dengan tangan sehingga ke dua-dua payudaranya melecet. sanggup tdk tidur hanya kerana ingin memberikn yg terbaik buat si ank yg telah di nanti selama 6 tahun. ini ank kakak sy yg pertama. hati ibu mana yg x luluh bile ank yg dinanti-nantikan dikatakan hanya dpt bertahan utk setahun shj.tetapin kami percaya kuasa Allah mengatasi segalanya. jadi kami berusaha utk memberikn yg terbaik buatnya.
Alhamdulillah minggu lalu bb dah dapat keluar dan bersama keluarganya di rumah. tp bb masih blm dapat menyusu direct. saiz mulutnya sgt kecil sdg kan breast kakak sy agak besar. sy bg semangat utk kakak sy sentiasa cuba buat direct breastfeed kerana sy pernah terbc yg farah ckp bb boleh latch secara semulajadi. setakat ini bb hanya minum melalui picagari atau menggunakan cup. bb ni hanya tidur sahaja & tdk sama dgn bb lain yg normal. perlu dikejutkan semasa menyusu.
mlm td saya dpt tahu bb ni terpaksa dimasukkn ke wad balik sbb bacaan jaundice nya tinggi. katanya sampai 21. sedih sgt bile sy dapat tahu sbb sy tengok kulitnya dah teruk sbb sbm ni da seminggu di hospital di bwh lampu. ms mula2 balik mak sy kt bb nampak mcm ‘kain buruk’. tejelepuk je x bermaya. da seminggu di bela di rumah bb da nampak makin ‘berseri’. tp tatau la cemana bile da kene masuk wad balik ni.sungguh sy sediih…
Ibu itu tidak akan pernah mengalah. Tidak akan pernah kenal erti putus asa walaupun beliau bukan seorang yang kuat. Tetapi, bila gelaran ibu sudah ada, semuanya berubah. Berubah.
Ibu. saya bangga menjadi ibu. walau tak pasti bagaimana anak2 saya akan ‘menjaga’ ibu ini nnti bila tua, bila sudah tidak bergigi, bila sudah buang air besar merata dan bila sudah tak betah berjalan, tapi saya bertuah di pilih menjadi ibu dan mahu menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Dan, sebolehnya saya mahu balas jasa mama saya yang telah bersusah payah membesarkan saya dan adik2. Ya, saya tahu saya takkan boleh jadi seperti apa yang dia buat pada saya dari saya lahir hingga kini, tetapi, saya sangat sayangkan dia dan sanggup buat apa saja utk mama. Saya tahu dia baca entry saya setiap hari dan menyelami apa yang saya rasa setiap hari. I love u so much, mama.
p/s: Entry hari ini sangat IBU dan penuh emosi. Kalian yang telah berkongsi cerita dalam email dgn saya, TERIMA KASIH kerana kadang2 anda menyedarkan saya yang tidak semua org bertuah dan ada insan yang lebih malang tetapi TERPILIH dan KUAT.
Bangkitlah, ibu yang sedang dalam kemurungan dan kesedihan. Anda masih bertuah kerana ada insan yang memanggil anda IBU. Bangkit dari putus asa dan kesedihanmu. Sapulah air mata mu kembali bersemangat menyusukan, mendidik dan membelai anak-anakmu. Allah ada. Dan sentiasa ada.
P/S: Ada few sentences n gambar yang i x publish kat cni. Kalo nak baca yang full, pls go to www.sarakids.com/blog/
No comments:
Post a Comment