Setakat hari ni, dah 2x Azfar masuk wad sepital sebab demam panas tak kebah-kebah walau apa pun yang aku buat. Termasuklah lumur ngan air asam jawa...isk..isk..isk, teringat zaman kecik-kecik dulu mak suka buat gitu, I don't like at all.
Azfar pun sama tak sukenya.
1. Kisah Rambut Kinting
1 tahun 2 bulan
Rambut tengah panjang. Masa ni dah hari ke 4 atau ke 5 demam. Memang dah confirm kena tahan wad, jadi sebelum jumpe Dr Koshy, potong rambut dulu.
2 tahun 4 bulan
Sehari sebelum demam. Masa ni rambut tengah panjang jugak sebab atuk mi (atuk puchong) suke tengok kinting tuh.....yolah.
3 hari kemudian, demam pun tak surut-surut, jumpa Dr Koshy dan dia suruh masuk wad. Kami redha demi kesihatan Muhammad Azfar.
Jadi sebelum kami pergi kasi potong sama itu rambut.
2. Kisah di Wad
1 tahun 2 bulan
Masa ni pertama kali tengok anak dalam keadaan camni. Tersentuh betul naluri keibuan aku.
Azfar pun nampak sakitnya dan tak ceria. Tak bebas sebab tiub itu.
2 tahun 4 bulan
Masa ni agak relax sebab walaupun Azfar demam tapi mood agak ceria, tak nampak lembik. Mungkin sebab Azfar dah besar skit, dah boleh jalan dan lari sana sini.
Lagipun takde tiub drip yang kena pasang, bebas sikit rasanya.
3. Kisah menghabiskan waktu lapang
1 tahun 2 bulan
Masa umur ni memang terasa penatnya duk hospital sebab budak kecik ni nak berdukung ajer.
Dahlah masa nak tido, tak kisahlah siang ke malam ke, wajib bergayut dan melekat ngan aku.
Masa celik pun nak melekap gak. Ajak jalan-jalan. Tugasan ni abahnya amik alih pulak ye. Kalau tak bengkok pinggang aku.
2 tahun 4 bulan
Masa ni memang dah hebat berjalan dan berlari. Tido pun kadang-kadang lena sendiri, takdelah all the time nak bergayut kan.
I pun lega skit. Tapinya nak kuar bilik sokmo.
Panjang lak tuh langkah nye. Tawaf satu hospital, luar dan dalam.
Itulah kisahnya pada 1 tahun dan 2 tahun.
Harapan semoga tiada kisah yang sama pada 3 tahun kelak...InsyaAllah.
Bukan nak mengeluh, cuma biarlah si anak kecil ni sihat selalu. Kalau jatuh sakit pun tidak terlalu serius.
No comments:
Post a Comment