Wednesday, October 31, 2012

Hari Raya Aidil Adha 2012

Raya Aidilfitri hari tu belah aku jadinye Raya Aidiladha belah En Zairin la. Kami sekeluarga ada buat korban lembu sekor, jadinya ada peluang la nak menyaksikan sendiri ibadah korban ni...setelah bertahun-tahun tak pernah nak tengok. Entah apa pasal ntah tak rajin nak menjenguk, walhal bukannye pergi tolong menyiat daging pun.

Korban kat surau ni buat pada hari Sabtu sebabnya taknak tergesa-gesa untuk solat jumaat kalau buat on the day itself.

Agak tak feel jugaklah tapi hari jumaat tu pun sibuk boleh tahan, sibuk masak. Masak apa? Mak mertua aku suruh aku masak nasi daging. Huhhh? Panikkk !!! Nasib baik bukan panic attack.

Dalam hati,"Mampus aku, resepi ingat tak ingat, dahlah baru sekali jer masak. Alasan apa nak bagi ni." (sambil peluh menjurai-jurai)...konon.

Ok...chillahhh. Muka harus control confident.

Aku : "Resepi hari tuh guna daging. Kalau takde daging tak sedap nanti"
MIL : "Takpe, rempah-rempah yang guna tu pun dah cukup. Ala kadar jer"
Aku : "Betul? Tak sedap jangan marah. Kalau camtuh saya try guna ayam lah"
MIL : "Oklah"

"Arghhh...aku takleh lari".

Pergi kedai cari beras basmathi. Sambil-sambil tu, cuba ingat balik resepi. Ok Alhamdullillah dapat ingat sebab bahan-bahan die simple jer.

Klentang....klentung....klentang....klentung kat dapur. Siap seperiuk!! Tapi rasa agak fail, mungkin sebab guna ayam. Kalau guna daging best lagi sebab manis daging kan. Perut dah lapar, makan ajelah. Aku memang tak lalu sangat nak makan mungkin sebab sendiri masak kan campur ngan paniknya lagi, ngan rasanya tak se'kick' hari tuh nya.

Petang tuh sambil-sambil rehat, tetiba teringat....yang aku nak panik segala bagai pasal tak ingat resepi pasai pa? Bukak ajelah blog sendiri takpun google....aduihaiii...*tepuk dahi*


Esok paginya, kami dah bersiap sedia pergi tengok korban. Azfar pun bangun pagi...angkut skali.
Aku pergi ngan biras aku. Laki memasing dah angkat kaki dulu.

Tumbang sudah

Siat jangan tak siat

Camni rupenya isi dalam
Family yang buat korban dapat sebelah peha. Jadi dapatlah yang sebelah tuh.

Segala perut, hati, limpa, usus, jantung, paru...putihnya paru dia.
Aku memang dah 'cop' perut bulat tuh, dah cakap ngan pak mertua suruh amik. Sebabnya tahun lepas dorang buang jer. Buanggg??? Tau tak kat pasar sekarang sekilo adalah RM 16-18. Dah sama harga ngan sotong la pulak. 

Sudah sedia untuk dilapah-lapah

The venue for Ibadah Korban.

The Surau

Mana peruttt. Perghh..terror tol tahan napeh sampai kembang2 muka. Nampak cam 6 pack.

Azfar tak takut atau menangis...nasib baik. Cuma dia ajak balik awal sebab panas...Putera lilin kah anak ku?


Balik rumah, bermulalah misi membersihkan perut lembu yang bulat tuh...mak aku panggil perut tembusu. Masak lomak cili api memang sodap.....menjilat jari....*lap air liur*



 

Tuesday, October 23, 2012

Fettuccine Tom Yam



Fettuccine Tom Yam

Resepi sama ngan Spaghetti Aglio Olio cuma tukar kiub ayam dengan Maggi Tom Yam paste.

Bak kata Azfar, "Emmm...cedap"...



Thursday, October 18, 2012

Kelas Hijau

Duduk rumah teres, untunglah kalau ada lebihan tanah. Kalau intermediate, sekangkang kera aje la. Kalau rumah banglo tuh lain ler, tanah melambak-lambak. Tapi lagi haru kalau rumah atas angin, dalam pasu aje la tanam.

Tapi kalau dah minat, tak payah tanah halaman sebesar padang bola, dalam pasu pun menjadi-jadi...ek.

Macam rumah mak ayah aku tanah agak luas, tapi dah buat renovation, tinggallah banyak tuh jer. Jadilah.

Aku pun sebenarnya beruntung sebab mak dan ayah rajin memanfaatkan rezeki tanah yang ada. Kalau aku.....ntah ler. Lalang kot yang aku bela, okay lagi sebab masih ada unsur-unsur kehijauan yang aku kekalkan. Tapi kalu itu En Zairin, aku rasa habis die simen semua tanah tuh. Senang, takyah  nak maintain-maintain.


Petik cili api
 Awal-awal dulu masa belum kenal erti rasa cili api, Azfar akan petik dan ngapppp.
Pastuh.....uwaaaaaaaaaa....awa...awa...( awa panggilan untuk wan eh ).
Sekarang ni rajin gak petik, tapi Azfar letak kat dapur.


Pucuk manis
 Yang ni tanam sebagai hiasan kot or suke-suke hati or nak memanfaatkan pasu-pasu kosong sebabnya aku tak pernah lagi rasanya makan masak lemak pucuk manis hasil tuai dari laman ni. 

Kalau tengok hasilnya pun, musykil gak nak buat hidangan 1 family. Sekali ngap jer bagi aku.


Lupe daaa...
 Apa ntah nama daun ni. Mak wat rebus dan minum airnya. Sebagai penawar kencing manis kot.


Anak pokok doyan
 Doyannn... ayah ler yang rajin..memang dari dulu. Pastuh bawak balik kampung, tanam. Celah mana or dah besar mana pokok pun aku tak tau. 

Tapi aku akan ambik tahu kalau ayah bawak balik buah doyan.


Bunga kebangsaan
 Ni pulak mak tanam. Biasalah pompuan, bunga tidak dapat dipisahkan.


Bunga ape-ape ntah...

Mawar berduri
 Bunga ros ni ada kat banyak tempat. Bila tengah kembang memang gerammmm jer tengok.


Daun kari...wajib ada
 Mak kata sejak aku kahwin, maksudnya sejak En Zairin mula dok rumah ni, pokok daun kari asyik togel jer.

 Sebelum tuh dicantas-cantaskan ajer.


Ixora
 Ni satu-satunya pokok berunsur bunga yang ayah tanam. Tanam buat pagar. Jimat kos, takyah naik pagar batu. 

Tapi siyes tau...hasilnya cantik.


Serai
 Serai wat masak. Faham-faham jela sape yang tanam.


Limau kasturi
 Pokok ni pun agak malu-malu untuk mengeluarkan hasilnya. 

Dahnya, every week aku tuai kat tesco or giant.


Daun limau purut
 Sejak-sejak aku suka masak paprik dan tomyam atau lauk unsur-unsur Thai gitu, pokok ni banyak membantu.


Pokok Cili api yang banyak memberikan hasil
Godang gak cili eh ha. Sonang nak masak lomak kalau cili abihh.


Deretan pokok-pokok bunga


Okay, dah habis sesi perkenalan bersama-sama tumbuhan hijau.




Thursday, October 11, 2012

Kisah 1 tahun & 2 tahun

Setakat hari ni, dah 2x Azfar masuk wad sepital sebab demam panas tak kebah-kebah walau apa pun yang aku buat. Termasuklah lumur ngan air asam jawa...isk..isk..isk, teringat zaman kecik-kecik dulu mak suka buat gitu, I don't like at all.

Azfar pun sama tak sukenya.


1. Kisah Rambut Kinting

1 tahun 2 bulan
Rambut tengah panjang. Masa ni dah hari ke 4 atau ke 5 demam. Memang dah confirm kena tahan wad, jadi sebelum jumpe Dr Koshy, potong rambut dulu.




2 tahun 4 bulan
Sehari sebelum demam. Masa ni rambut tengah panjang jugak sebab atuk mi (atuk puchong) suke tengok kinting tuh.....yolah.

3 hari kemudian, demam pun tak surut-surut, jumpa Dr Koshy dan dia suruh masuk wad. Kami redha demi kesihatan Muhammad Azfar.

Jadi sebelum kami pergi kasi potong sama itu rambut.



2. Kisah di Wad

1 tahun 2 bulan
Masa ni pertama kali tengok anak dalam keadaan camni. Tersentuh betul naluri keibuan aku.

Azfar pun nampak sakitnya dan tak ceria. Tak bebas sebab tiub itu.



2 tahun 4 bulan
Masa ni agak relax sebab walaupun Azfar demam tapi mood agak ceria, tak nampak lembik. Mungkin sebab Azfar dah besar skit, dah boleh jalan dan lari sana sini.

Lagipun takde tiub drip yang kena pasang, bebas sikit rasanya.



3. Kisah menghabiskan waktu lapang 

1 tahun 2 bulan
Masa umur ni memang terasa penatnya duk hospital sebab budak kecik ni nak berdukung ajer.

Dahlah masa nak tido, tak kisahlah siang ke malam ke, wajib bergayut dan melekat ngan aku.

Masa celik pun nak melekap gak. Ajak jalan-jalan. Tugasan ni abahnya amik alih pulak ye. Kalau tak bengkok pinggang aku.






2 tahun 4 bulan
Masa ni memang dah hebat berjalan dan berlari. Tido pun kadang-kadang lena sendiri, takdelah all the time nak bergayut kan.

I pun lega skit. Tapinya nak kuar bilik sokmo.


Panjang lak tuh langkah nye. Tawaf satu hospital, luar dan dalam.






Itulah kisahnya pada 1 tahun dan 2 tahun.

Harapan semoga tiada kisah yang sama pada 3 tahun kelak...InsyaAllah.


Bukan nak mengeluh, cuma biarlah si anak kecil ni sihat selalu. Kalau jatuh sakit pun tidak terlalu serius.






Monday, October 8, 2012

Spaghetti Aglio Olio

Sekarang ni aku rajin beno bangun pagi masak lunch untuk bekal ke office. Dah jadi cam tabiat pulak. Kalau sempat, aku masak untuk breakfast En Zairin dan Azfar juga...isteri solehah, ibu mithali...ahaks.

Spaghetti memang feberet aku, tak kisahlah masak bolognese ke, carbonara ke, apa-apa ke, memang aku balun. Ni salah satu menu yang aku buat, Spaghetti Aglio Olio. Resepi of cosla pakai campak-campak - ikut sedap tekak aku. Memang senang sangat nak buat, sambil tutup mata pun boleh. Kalu tak caya, tryla buat tapi kalau jadi apa-apa jangan marah I..... *_*

Spaghetti Aglio Olio

Ye puan-puan, tuan-tuan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang sekalian. Mari kita mulakan.

Bahan-bahan :
1/3 paket Spaghetti (apa-apa brandlah)
3 ulas bawang putih (tumbuk boleh...cincang pun boleh)
Udang/Sotong/Kepah (direbus separuh masak dulu) Tapi aku guna crabstick, senang skit
Shitake dried mushroom
Capsicum (lada benggala)
bawang holland
1/2 Kiub ayam
2-3 sudu besar Olive oil (wajib)
Garam
Oregano/Mix herbs
Parmesan cheese
Chilli Flakes

Cara-cara :
1. Spaghetti harus direbus hingga lembut dulu. Kemudian, kalau guna udang/sotong/kepah atau semua sekali, rebus separuh masak dulu mereka-mereka itu.
2. Tuangkan minyak, agak-agak dah panas skit, masukkan bawang putih. Dah naik bau skit, masukkan mushroom. Biar masak seketika.
3. Kemudian masukkan segala seafood yang ada, kacau sebati.
4. Masukkan pula capsicum dan bawang, kacau dan biar dalam seminit, masukkan pula kiub ayam.
5. Akhir sekali, masukkan spaghetti, garam dan herbs yang ada.
6. Bila nak hidang, taburkan parmesan cheese dan chilli flakes....wallla.