Friday, September 14, 2012

Kawan-kawan di Aidilfitri 2012



Assunta & Kuala Klawang

Left to Right : Diana, Fadzilah & Kureen

Ex-Assuntarians. We were in the same class and same sitting position during form 1 & 2.

Kureen with her kids, Aufaa and Ayfaa.
Standing : My son, Azfar.
Sitting :  Diana's hubby and son, Danial.


The almost complete family because Diana's baby is not in the picture....terlupa la pulak.


My hubby's group of friends. 
Right to Left : Nabil, Baya and Pae (in pink).









Sorang-sorang datang. Dahnye takde gambar 1 group. 
Left to Right : Itik, En Zairin and Baya.




FOODS
Here are the foods. As I mentioned in my previous entry, I was supposed to prepare 2 types of main dishes, 2 types of side dishes and a dessert. But due to my condition, I only managed to prepare 1 main dish and 2 side dishes.

Blueberry muffin with cream cheese, by Kureen. Diana brought the juicy honeydew and watermelon.

Nasi Daging served with air asam and dalca.

Honey Chicken Wings.


Additional Domino's Pizza. Makanan tak cukup.

Nestle PJ
Tahun ni tak semua geng-geng Nestle dapat kumpul sekali. Not in the picture, Nohan & family, Fara & family and Zakiah. Yang datang malam tuh pun tak serentak. Gambar ngan tuan rumah pun tak ambik... Thanx for the nice foods ye, Mahaddar Khodi.

p/s : walaupun kebanyakan dah tak kerja Nestle, tapi kami masih panggil group Nestle sebab few years back, semua kerja di Nestle.

Left to Right : Mira, Ros and myself.


Ramai la pulak nak list down kan.

Gaya abg Saiful melantak kambing (baju biru), ntah berapa keping ntah.

I is tak sihat sangat malam tuh, makan kambing pun sekeping jer. Nak bangun ambik gambar pun malas.



Sekian.




Thursday, September 13, 2012

Rendang Kerang....feveretkuuuuu






Rendang kerang memang akunya favourite. My favourite dish if I buy nasi lemak tepi jalan. Entah angin ape yang melanda, terasa nak masak sendiri pulak. Google the recipe from internet where there are plenty of it and found this recipe which I guess is quite easy and yummy from SecubitGaram blog.

Bahan-bahan:
500-700g isi kerang
1 sudu besar rempah kari ( jadikan pes)
2 sudu besar kerisik
10-15 tangkai cili kering (direbus & dibuang biji) 
2 helai daun kunyit (dihiris)
1 helai daun limau purut
Santan (anggaran, aku guna santan sawit jadi dalam 1/4 cawan je)
Garam
Gula
Minyak masak
Air

Bahan-bahan dikisar:
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis  cili kering sampai garing. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar dan pes rempah kari, tambahkan sedikit air. Goreng hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan (aku tak kacau sangat sebab santan sawit tak pecah minyak....macam promote lak kan) dan kerisik. Masukkan daun limau purut, garam dan gula. Kalau nak berkuah, masak sekejap jela tapi kalau nak kering-kering, tunggulah lama sikit. .
3. Masukkan kerang dan hirisan daun kunyit. Bila rasa dah ok, angkat dan hidang.


Komen dari En Zairin : 'Masinlah rendang awak nih'
*Dah agak dah sebab aku baru baik demam dan deria rasa pun belum tune betul-betul lagi*

Komen dari MIL : 'Rasa daun limau purut dan rempah kari kuat sangat, hilang manis kerang'.
*A'ah sebab aku letak 2 sudu besar rempah kari dan 4 helai daun limau purut....hahahaha....gatal.*


Wednesday, September 12, 2012

Diaper Cakes.

Mommy Loves Me ~ SOLD ~

Ingredients:
30 pcs Huggies Dry diaper
1 pc Cuddletime blanket
1 pc Carter's baby bip
1 pc Carter's baby romper
1 pair Mothercare prewalker shoe
1 pair baby sock
1 pc Garanimals
1 softbook
1 Fisher Price teether
1 Big Bird toy
1 Foil balloon
1 Wishing card
Ribbons


Smiley ~ SOLD ~
Ingredients:
30 pcs Huggies Dry diaper
1 pc Cuddletime blanket
1 pc Carter's baby bip
1 pc Carter's baby romper
1 pair Mothercare prewalker shoe
1 Fisher Price rattle toy
1 Foil balloon
1 Wishing card
Ribbons






Little Driver ~SOLD ~

Ingredients:
26 pcs Huggies Dry diapers
1 pc Cuddletime blanket
1 pc Carter's baby bib
1pc Carter's baby romper
2 pcs Gerber washcloth
1 pair baby sock
1 toy
Ribbons



Puding Trifle

Patutnya nama yang diberi ialah Puding Trifle Taibah Qistina. Suke sangat anak buah aku tuh ngan Trifle ni. In detail aku bagi cara-cara nak buatnya kat kakak aku.

Raya tahun ni beriya aku buat dessert ni....sebabnya, dessert paling senang nak buat.


1. Untuk base gunalah swiss roll flavor vanilla/coklat/strawberri. Untuk dapat sebanyak tuh dalam     1 1/2 roll dah cukup. Potonglah dalam 1.5-2.0 cm tebal dan susun.

2. Lapisan seterusnya mix fruit. Letak sekali nata de coco, sedap skit rasanya. Sebelum taburkan buah, lembapkan skit kek ngan jus buah itu ye.

3. Nanti dapat camni.


  4. Lapisan kastard (refer sini pun boleh)

400ml susu cair (1 tin)
200ml air
4 biji kuning telur
5-6 sudu bsr gula ( ikut suka nak manis mana)
4 sudu bsr tepung kastard
1.5-2 sudu kecil esen vanilla


5. Satukan semua bahan kecuali esen vanilla. Masak atas api yang sederhana. Agak-agak dah nak likat, masukkan esen vanilla. 


6. Ratakan untuk lapisan yang ketiga. 


7. Lapisan Jelly. 
 2 kotak jelly, strawberri/rasberri + oren( seperti gambar dibawah)
 2 cawan air + 1 cawan air buah tadi.
Masaklah sampai dah sebati ngan air ( sekejap jer) 




8. Tunggu sejuk skit(jangan lama sangat, nanti berketul), tuang atas lapisan kastard tadi.
Masuk dalam fridge untuk sejukkan.

Siap!! Boleh makan


Tuesday, September 4, 2012

Nasi Daging....Penuh Dugaan.

Raya tahun ni, geng Assunta sepakat kumpul kat rumah aku..hmmm....maaf ye, rumah parents aku,sambil-sambil potluck. Jadi awal-awal lagi dah set tarikhnya iaitu pada 2 September....semua okay. Aku pun dalam pale otak dah macam-macam pikir menu nak dihidangkan. Yela tuan rumah mestilah sediakan main dish nye. 

Fikir punye fikir, nak masak laksa johor, nasi daging+air asam+dalca dan kepak ayam madu, dessertnye oreomisu. Confirmed!! Padahal bukannya ramai sangat pun. Termasuk aku dan En Zairin, adalah 8 orang dewasa. Alih-alih, aku offerlah En Zairin untuk ajak geng2 Kuala Klawang a.k.a geng2 lepak die. Campur yang tuh pun dalam 3 orang jer yang confirmed. Oklah tuh, kang kalau ramai sangat patah pinggang nak masak. Nak mengemas lagi.


Akan tetapi, kita hanya mampu merancang dan yang menentukan terjadinya ataupun tidak, hanyalah Allah SWT.
Sebabnya, 29 Ogos Azfar kena admit kat DEMC due to high fever yang tak surut-surut dari hari Ahad malam. 38...39....38....39. Semestinyalah perasaan panik aku menunjukkan tindakbalas yang luar biasa. Lepas dah cucuk ngan antibiotik, demamnya pun okay. 



Hatiku pun berseri-seri lah dengan harapan dapat keluar hospital hari Jumaat. Maklumlah kan hari cuti jadi jadual beraya memang padat. Lagipun nak pergi pasar beli barang-barang nak masak untuk hari ahad.


Demam dah ok..batuk plak belom.

Mimpi tinggal mimpi, doktor lagi prefer nak lepaskan hari sabtu. Takpelah, kesihatan anak lagi penting. Tapi dalam pada tu, aku lari-lari lah jap keluar gi beli barang sikit-sikit, En Zairin pulak jaga anak.

Sedih, tak dapat keluar awal.


Ketentuan Allah SWT juga, Jumaat malam tuh aku pulak rasa tak sedap badan. Sabtu pagi gagah lagi pergi beli barang-barang yang tak cukup-cukup lagi. Pastuh lari balik ke hospital untuk settlekan segala urusan.



Dekat 2.30 petang sampai rumah, tapi aku masa tuh memang dah tak larat langsung, menggigil satu badan. Check temperature....mak aiiii 38.5....demamlah tuh. 
Bila malam pun tak surut-surut, En Zairin n mak aku suruh cancel jer makan-makan sok. But me being me...degil...aku cakap tengoklah dulu sok pagi kalau tak elok jugak baru cancel.
Malam tuh mandi basah rambut kasi itu suhu turun, telan panadol, pakai sweater n stoking, selubung lagi ngan comforter dan tido dalam bilik tak pasang air-cond or kipas sorang-sorang.


Pukul  4 pagi terjaga badan rasa ok dan kepala pun ringan skit, rasa macam nak cancel plan tapi takper rendam daging dan ayam dulu. Pastuh sambung tidur sampai pukul 6.30 pagi. Masa nih memang rasa sihat betul. Maka tak jadilah cancel plan. Akan tetapi menu yang di'plan', tak semua mampuku masak.

Jadi menu yang paling senang ialah Nasi Daging+air asam+dalca dan kepak ayam madu. Tapi dalca mak masak.


 NASI DAGING

Gambar nasi senduk terakhir

Memang tak larat nak ambik-ambik gambar, jadi bila dah tinggal sikit baru terhegeh-hegeh. Hasilnya gambar tak berapa menyelerakan. Gambar dalca dan air asam pun tak snap, pandai-pandailah google ye.

Resepi ikhsan dari Secubit Garam.

Untuk hidangan 4 orang.

Bahan A:
3 pot kecil beras basmathi ( rendam selama 3 jam)
250g daging batang pinang (daging biasa pun boleh tapi jenuh ler nak nunggu nyer)
2 sb rempah kurma (jadikan pes)
1 sb tomato puree
80 ml susu cair
2 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
1 sb minyak sapi
1 sk gula
garam secukupnya

Bahan B:
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sk jintan manis
kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (agak-agak ye)
1 batang serai diketuk.

Cara-cara:
1. Tumis bahan B hingga wangi.
2. Masukkkan pes kurma dan tomato puree dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau biar sebati dan masukkan air yang secukupnya untuk empukkan daging.
4. Bila daging dah empuk, masukkan beras, susu cair dan daun limau purut.
5. Sukatan air untuk masak nasi agak-agaklah ye.

Dah masak, hidangkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng...fuhhh pasti terangkat.


Air Asam:
3 biji bawang merah (hiris or dadu, suke hati)
1/2 labu bawang besar (hiris or dadu, suke hati)
10 biji cili padi ( nak lagi 'kick' letak lebih)
2 tangkai cili merah (hiris)
1 cawan air asam jawa
garam
gula
jus limau kasturi
sedikit belacan yang dibakar

Cara-cara:
Campur semua bahan dan adjustlah rasa masam, manis, masin ikut tekak masing-masing.



 KEPAK AYAM MADU

Kalo beli kat luar kemain mahal lagi harga ko kan.

Bahan-bahan perapan diolah sendiri ikut tekak aku.

1 kilo kepak ayam (potong 2 lagi best)
1 inci halia (tumbuk halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
2 sb kicap manis
1 sb kicap masin
1 sk kicap pekat
2 sb madu
2 sb gula perang
1 sb minyak bijan
sedikit garam

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan. Perap semalaman sebelum bakar lagi best rasanya.
2. Bungkus ayam dengan aluminium foil dan letak atas dulang pembakar. Bakar pada 170 degree celcius untuk lebih kurang 20min. Kemudian bukak permukaan atas aluminium foil dan bakar lagi untuk 7-10min untuk dapatkan rupe terbako pada kulit ayam tuh, baru nampak menyelerakan.



P/S: Tekak memang tak dapat rasa makanan dengan betul, jadi harapkan mak untuk jadi tukang rasa. Mak kata ok, ok lah. Risau jugak nasi tak jadi sebab first try tapi Alhamdulillah ramai yang kata ok dan nasi pun habis. Jadi marilah cube beramai-ramai.