Percutian untuk cuti-cuti tahun 2012 dimulakan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Port Dickson lagi? Ye inilah tempat yang paling sesuai untuk 'last minute plan'...*6 hari sebelum*... pada cuti hujung minggu yang panjang dan juga kebanyakan sekolah-sekolah 'declare' cuti seminggu iaitu pada cuti Tahun Baru Cina.Ini kali pertama kami bercuti lengkap satu keluarga sebelah En Zairin...10 dewasa dan 4 budak kecik.
I ditugaskan untuk 'booking' hotel.I dalam kepala otak memang fikir Grand Lexis...*yang dulunya Legend Water Homes atau Avillion dan sangat-sangat berharaplah mana-mana satu tak penuh. Malam itu jugak 'check for availability' tapi sangatlah hampa sebab Grand Lexis hanya ada untuk satu malam, kami nak 3 hari 2 malam dan Avillion pun penuh...huhuhu. Mak mertua ada sebut cari apartment dan ada cadangan kata kat Ilham Resort , penuh jua ye.

Cari punya cari Thistle Hotel aje yang ada.
*'Nak tu..nak tu' kata Azfar*
Makan malam dekat Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson sebab terpengaruh masa ada keluar dalam Jalan-jalan Cari Makan TV3 minggu sebelum tuh. Dalam TV semua nampak sedap tapi hakikatnya sendiri-sendiri fahamla.
*udang goreng butter-cair & sotong goreng tepung-terlampau-banyak-perasa*
*ikan siakap masam manis & ketam berlada*
*ikan pari bakar & hasil selepas makan*
*Alaaa..En Zairin 'spoil'kan gambar keluarga bahagia dengan aksi terlebih makan dia*
Aktiviti pagi dan petang, seperti biasalah....'swimming pool' & laut. Apa lagi yang ada kat Port Dickson ni. Kalau nak jalan-jalan kat Teluk Kemang, kirim salam je la. Orang ramai macam kena serang tebuan.
*'I love swimming pool'*
*ke pantai pula*
*yang lain sibuk nak naik 'banana boat' tapi Azfar sibuk nak naik 'truck' yang tarik 'jet ski' tuh*
*Azfar naik 'banana boat'...cayalah*
* Mertua dan cucu-cucunya*
Percutian di Port Dickson hanyalah untuk merehatkan minda, merapatkan hubungan kekeluargaan, bersuka-ria bersama anak-anak dan suami dan melupakan kerja-kerja rumah.
No comments:
Post a Comment