Friday, August 24, 2012

Makanan & Kuih-Muih Hari Raya


Okay, kali ini mari kita layan gambar makanan-makanan yang wajib ada di pagi raya. 

Dialog antara saya dan mak seminggu sebelum raya.
'Mak, rendang jangan lupe'
'Emmm...tengoklah kalo sempat.Dahlah dapur besar dah rosak. Malaslah'
'Huhhh???...tidakkkkk'
'Takper, nanti adik dengan angah buat. Mak tunjuk jer.

Sehari sebelum raya. Lepas sahur tidur balik. Bangun-bangun jer jam dah pukul 10 lebih..umangai..habislah kene leter.

Masuk dapur.
'Ha nah tengokkan rendang ni. Kacau betul-betul sampai kering, jangan bagi hangus'

Hehehe...selamat tak kena leter. Maklumlah janji jer lebih. Tu ler kan, mak-mak kita nih kekadang kata tak kuasa nak buatlah malas nak buatlah, tapi bila anak-anak dah sebut, penat macam mana pun mesti ditunaikan. Terima kasih mak...we lap u.


Ghondang Ayam in the making.
 Gilir-gilir kacau ngan angah. Yon tak aci, datang lambat...ngelat.

Ketupat nasi in the making
 Ni angah isikan berasnya.


Ketupat nasi, lemang dan ketupat daun pisang.
 Ketupat dah masak. Lemang ayah buat dengan sedara kat Kundang. Sedap jugak.


Lemang yang dibakar di Kundang
 Bahagian atas tuh yang jadi rebutan. Kelemakannya yang enak sekali.


Lemang yang menjadi rebutan anak-anak buah.

 
Ketupat nasi
 2 jenis ketupat nasi - daun kelapa & daun pisang (MIL bagi)


Kari Ayam
 Kari ayam ni wajib saya buat. Kalau takkkk....ada orang naik hangin satu badan di pagi raya yang indah. En Zairin ler tuh...makan ketupat nasi & kari ayam, tapi katanya kari ayam nih terlebih pekat.
Hmmm....tak kena selera lagi.


Kuah Kacang
 Dimport dari Kg Sri Aman Puchong. Pemberian mak mertua I ler.


Ghondang ayam
 Nilah ghondang ayam eh. Ghondang nogori tauuu. Ekau ado?




Menu wajib
Inilah dia semua menu-menu yang ada. Tak perlu pelbagai makanan, asalkan yang wajibnya ada.


Ghondang hitam makngah podeh.
Inilah rendang hitam terbaik dalam hidup saya setakat nih. Rasanya dah dekat 3-4 tahun tak dapat rasa rendang ni. Tahun ni...Alhamdulillahhh dapat jugak walaupun balik raya kat kampung raya ke-3.


Peanut Butter cookies - Mine

Saya punyer peanut butter cookies jadi rebutan anak-anak sedara. Daripada 2 setengah balang, masuk raya ke-3 habis licin...yang terlebih bakar pun habih dikojokan. 
'Bagus ler, hilang penat uchu buat'


German cookies - Mine


Melt in your mouth, not in your hand. Itulah biskut nyer.


Tart nenas Kak Ruby
 Tart nenas yang tiada tandingan. Dari inti ke pastri, semuanya sedap dan cukup rasa.
Dulu mak memang ambik order, tapi lepas dah jaga cucu tak dapek la laie. Tapi orang tetap mencari-cari. Mak buat sikit-sikit jer...selected regular customers jer yang dapat order.

 
Almond slice Kak Ruby


Rasa dah okay, cuma bila potong ada yang hancur dan ada yang selamat.

 
Biskut badam Kak Ruby
 Salah satu biskut yang Azfar suka mintak. Tapi dimakan kacang nyer ajer.






Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 Salam Lebaran buat semua. Mohon ampun dan maaf dari kami sekeluarga jika ada salah & silap, terkasar bahasa dan apa-apa lagi lah yang tak puas hati.



Kemeriahan Aidilfitri dimeriahkan lagi dengan kehadiran sang pelita.




Kami sekeluarga - Zairin Shah, Azilawati & Muhammad Azfar




Lengkap 1 keluarga saya.





Saturday, August 11, 2012

Pencarian bermula......

Memang dari awal lagi dah pasang niat kalau ada rezeki lebih nak hantar Muhammad Azfar ke 'Playschool' bila umurnya masuk 3 tahun. Dari awal tahun saya dah cari dalam internet dan senaraikan 'playschool2' yang ada kat area Shah Alam, lebih spesifik lagi dalam 3-4 km jaraknya dari seksyen 10. Bukan apo, sonang atuk ngan uwan eh nak poie kalau ado apo-apo hal..ha kan dah speaking nogori dah.

Memang tak dinafikan terdapat banyak 'playschool' atau 'preschool' diluar sana. Tetapi takkan nak pakai terjah jer bila nak hantar anakkan. Selidik-selidik la dulu dengan mengambil kira beberapa faktor yang kita rasa relevan. Pada saya tak semestinya yang murah itu tak bagus dan yang mahal itu bagus. Lagi satu bergantung kepada perkembangan dan kemampuan si kecil.

Antara senarai-senarai 'playschool' yang saya ada:
1. Tadika Tazkiroh Seksyen 2
5. Smart Reader Kids Seksyen 3 & 9

Dan antara faktor-faktor yang saya tekankan:
1. Tanggungjawab sebagai Ibu Bapa.
2. 'Input'.
3. Tenaga Pengajar.
4. Kemampuan.
5. Makanan & Minuman.
6. Persekitaran.



1. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI IBU BAPA

Sebaik sahaja anak kita lahir kat dunia ini, ia merupakan amanah yang paling berharga yang diberikan oleh Allah SWT untuk ibubapa membentuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan juga akhirat. Ingat ye AKHIRAT juga. Anak-anak kita ni kan ibarat kain putih yang suci dan bersih, ibubapa lah yang dipertanggungjawabkan untuk mencorakkan kain tersebut.

Zaman sekarang ni memang kebanyakan ibubapa mampu memberikan didikan dan pendidikan yang sempurna tetapi mereka lebih mementingkan kejayaan di dunia, mereka terlalu agungkan duniawi. Contohnya sesetengah mentaliti masyarakat kita yang suka mengukur kejayaan seseorang berdasarkan kebendaan. Asal pakai kereta besar, duduk rumah mewah, pakai berjenama dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, berjawatan tinggi pasti dikatakan sudah berjaya...maka kata nasihat seperti contohilah mereka ini, belajar rajin-rajin tau, nanti bila ada banyak duit senang...maksudnya disini dari kecil dah disogokkan tujuan belajar pandai-pandai adalah untuk dapat duit yang banyak.

Bagi pendapat saya lagi elok jika ibubapa agungkan seseorang yang tinggi ilmu agamanya, ilmu pengetahuannya, budi pekerti disamping sumbangan atau khidmat yang diberikan kepada masyarakat untuk kebaikan dunia akhirat.

'Waktu kecil, kitalah sumber pahala ibu ayah kerana membesar dan mendidik kita dengan penuh kasih sayang. Ketika dewasa, jangan pula kita menjadi racun yang mencemarkan pahala ibu ayah kerana bersikap buruk, membuka aurat dan hidup dalam amalan dosa setiap hari' - Wan Muhd Ali (WanMA)

TADIKA TAZKIROH, Surau Seksyen 2 Shah Alam.












2.' INPUT'
Semasa mengandungkan Muhammad Azfar, saya memang dah berkira-kira untuk memberi yang terbaik kepada buah hatiku itu.Terbaik dalam segala segi. Tapi bagi saya, ilmu haruslah didahulukan. Saya nak sayalah yang pertama memberi dan mengenalkan dia dengan ilmu. Tetapi saya akui, tidak semua perkara saya mampu buat dalam satu masa. Tiada konsistensi disitu. Berilmu tidak semestinya dapat A dalam semua subjek ye. Dan yang saya amat tekankan disini adalah ilmu akhirat. Sudah semestinya saya perlukan bantuan oleh itu saya akan hantar Azfar ke sekolah yang mampu berikan 'input' seperti yang diinginkan.


3. TENAGA PENGAJAR
Dah tentu saya nak elakkan yang 'Sekadar melepaskan batuk di tangga', mengajar bukan dari hati...yelah ngajar budak-budakkan menuntut kesabaran yang amat tinggi melangit. Kalau tak ikhlas, tuh yang nak marah jer.

4. KEMAMPUAN
Yang pasti semuanya bergantung pada kemampuan. Kalau mampu untuk shopping barang-barang 'branded', pakai kereta mahal, makan angin sana sini, apalah salahnya kalo 'invest' lebih skit untuk perkara yang lebih mulia....insyaAllah bekalan untuk di akhirat jugak nanti tuh.

5. MAKANAN & MINUMAN
Apa yang kita makan melambangkan keperibadian kita.Siapa yang menyediakan makanan itu dan dari mana sumbernya...halal ke tidak.

6. PERSEKITARAN
 Selesa & selamat. Tidak semestinya kena ber'aircond' bagai, carpet setebal 2 inci. Asalkan budak boleh bergerak bebas.


BRAINY BUNCH ISLAMIC MONTESSORI, Seksyen 3 Shah Alam

Tingkat bawah


Kantin

Kakak-kakak, bebaik ye turun tangga


Outdoor class. 
*Belakang tirai kuning tuh ada swimming pool. Sape yang ambik full day, included la dalam package.


The building



Perbezaan between the 2 places.
- Tadika tazkiroh tak ada specifik aktiviti untuk kanak-kanak 3 tahun.
- Yang lain lebih kurang saja tapi monthly and annual fee dia memang affordable.










Mengulit buah hatikuuuu.

Aishhh....tajuknya boleh membawa seribu makna. Kalau tang ulit-ulit ni memang otak kuning sikitla. Tapi takpe hak memasing. Sebelum tuh meh aku tunjuk satu dua hasil aksi ulit mengulit aku ngan buah hatiku itu..auwwww. Janganlah anggap hasilnya kebabom sebab aku bukannya profesional pun, bendanya pun bukanlah yang canggih manggihnya.


 Memandangkan kita semua sudah dalam mood raya, jadi aku letak gambar pelitalah dululah. Rindu rasanya nak tengok kemeriahan orang pasang pelita memalam. Rindu sangat waktu dulu-dulu. La ni, hmmm satu pelita ni jerla yang ada.


pelita hidupku


Pastuh yang bawah ni sebab aku bangga dan bersyukur sangat dengan negara tanahair ku yang tercinta.
 
Jalur Gemilang





Jadi dah boleh agaklah kan amendenya buah hatiku itu. Agak jakun sikitlah, sebab dah lama ya amattt tangan nih tak berulit-ulit ngan camera yang best-best. Lagipun bila dah dapat tuh kenalah practice sungguh2, aaalmaklumlah raya dah dekat ni. Dah namanya nak bergambar sakan time raya.

Kechek sana...kechek sini...senyum...senyum...say cheese.
Azfarrrrrrr, look at ami....look at the camera....ishhhh budak ni.
 Itulah cabarannya, si Azfar ni memang dah payah nak bergambar. Candid leh ler.


Ok, lai lai aku nak tunjuk lagi.



tap..tup..tap..tup kira uwang ya pak. p/s hartamu hartaku jua




BaaChaak

xdo kojo


applications sedang dirobek-robek



nilah rupenya bila dah dpt ipad...fokus



tarzan in da house


melangut tunggu En Zairin try baju. banyak naw yang x kena nya



Ttttthomas & Friends....tengok jerla, budget dah habisla nak beli

Senyum sambil cover gigi ...hahaha

kalo bukan sebab benda ni, memang taktaulah bila aku nak jejak kaki kat sini


ni pun sama

Selamat Hari Raya